Sarapan esok nak makan apa pula. Hmmm. Jom tengok tempat sarapan nasi lemak yang famous di KL. Mungkin anda nak makan nasi lemak untuk sarapan pagi esok kan?
Macam gambar yang min tunjukkan, di sinilah lokasi Nasi Lemak Alor Corner. Terletak di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pelbagai menu disediakan untuk anda, antaranya nasi lemak dan mee goreng. Tapi kalau anda berada di Johor dan teringin makan nasi lemak, boleh baca artikel ni pula. https://purpledurian.my/makan/moden/port-nasi-lemak-paling-best-di-johor-semestinya-nasi-lemak-malam-jumaat/
MAKANAN
1. Nasi lemak
Antara tarikan utama Nasi Lemak Alor Corner sudah tentulah nasi lemak. Anda boleh memilih pelbagai lauk yang dihidangkan. Anda boleh makan nasi lemak dengan sambal, paru goreng, sambal kerang, ayam goreng berempah, bergedil dan macam-macam lagi mengikut cita rasa anda. Harga yang dikenakan berdasarkan jenis lauk yang anda pilih.
2. Lontong King
Walaupun nama tempat makan Nasi Lemak Alor Corner, anda juga boleh dapatkan Lontong King. walaupun rata-rata pengunjung yang datang ke sini memang nak makan nasi lemak, sekali sekala anda boleh tukar selera dan cuba pula makan Lontong King dari Nasi Lemak Alor Corner. Jemput tengok review sarapan di Nasi Lemak Alor Corner https://vt.tiktok.com/ZS84qPCaG/ .
3. Mee Goreng Plus Sotong
Selain nasi lemak, tempat makan yang famous ni juga menyediakan Mee Goreng Plus Sotong yang sedap. Nampak sedap kan? Makan Mee Goreng Sotong yang sedap ni sambil minum teh memang menyelerakan. Min tengok sambal sotong dalam mee ni pun nampak sangat sedap. Memang mesti cuba juga kalau anda datang ke Nasi Lemak Alor Corner. Kalau anda teringin makan bubur nasi atau tempat makan di kawasan berdekatan Kuala Lumpur, boleh baca artikel ini. https://purpledurian.my/food-review/bubur-nasi-berlauk-viral-bubur-nasi-melawati/
REVIEW
Bagi min tempat ni memang sesuai untuk anda yang berada di lokasi berdekatan. Menu pun ada pelbagai pilihan. Makan nasi lemak pula bebas untuk pilih lauk pauk yang disediakan. Memang tak rugi kalau anda datang ke sini. Tempat makan famous, rugi kalau anda lalu tapi tak cuba rasa menu di sini. Jemput datang dan cuba komen!
LOCATION
📍Location: Nasi Lemak Alor Corner
Changkat Bukit Bintang, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
🗺Google maps: https://maps.app.goo.gl/4TNSQR5mnu7zkr5F9?g_st=ic
📞Phone: 017-311 7449
📲Facebook: https://www.facebook.com/azminasilemakalorcorner?mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/nasilemakalorcorner?igshid=YmMyMTA2M2Y=