Warung D’ Kelate- Menu Dari Kelantan Di Tawau

You are currently viewing Warung D’ Kelate- Menu Dari Kelantan Di Tawau

Warung D’ Kelate yang terletak di Jalan Tawau Lama ini menyajikan menu yang kebanyakannya berasal dari Kelantan kepada warga Tawau dan sekitarnya. 

warung D kelate
Facebook: Warung D’ Kelate 

Dikenali dengan nama warung D’ Kelate, sudah semestinya ia adalah warung dengan pelbagai menu masakan yang berasal daripada Kelantan.  Walaupun dikenali sebagai warung, tapi ia kelihatan seperti kebanyakan restoran. Sebelum itu, min share artikel yang anda patut baca kalau cari restoran yang  menyediakan makanan Melayu, Cina, dan India di Tawau. https://purpledurian.my/makan/restoran-bismi-bistro-menu-melayu-cina-india-dengan-harga-berpatutan/

Warung D’ Kelate menyajikan pelbagai hidangan berasaskan nasi kerabu, roti, makanan laut, sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Di sini min share beberapa menu yang ditawarkan. Sebelum tu mari tengok review menu yang dihidangkan di sini. https://vt.tiktok.com/ZS8uwUcSm/

menu
MENU
Facebook: Warung D’ Kelate
menu
MENU
Facebook: Warung D’ Kelate

MAKANAN

  1. Nasi Kerabu (RM 8 -/+)
nasi kerabu
Facebook: Warung D’ Kelate

Waa nampak sedap kan? Inilah antara makanan orang Kelantan iaitu nasi kerabu. Pengunjung yang datang ke sini kata “sedap sokmo” nasi kerabu di sini walaupun rasanya sedikit berbeza dari makan di Kelantan. Tapi kalau anda belum pernah cuba, boleh datang ke sini dan rasai sendiri kelainannya.

2. Sup Ikan (RM 6 /100gram)

sup ikan warung D kelate
Facebook: Warung D’ Kelate

Di sini juga menyediakan sup ikan dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh makan ikan dengan pelbagai perasa yang disediakan oleh tukang masak yang diterbangkan khas dari Kelantan.

review warung d kelate
Review Netizen

3. Telur Bistik (RM 5-11 +/-)

telur bistik
Facebook: Warung D’ Kelate

Kalau anda tak tahu apa itu telur bistik, ia adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada telur bungkus dan telur dadar. Kalau nak tahu lebih lanjut apa itu telur bistik, jemputlah ke Warung D’ Kelate.

4. Laksa Kelantan (RM 5)

laksa kelantan
Facebook: Warung D’Kelate

Kalau anda teringin makan Laksa Kelantan pun ada disediakan di Warung D’ Kelate dengan harga serendah RM 5. Laksa Kelantan di sini sudah pasti berbeza dengan Laksa dari negeri-negeri lain seperti Laksa Sarawak dan Laksa Johor. Jadi, anda memang patut datang ke sini untuk cuba pula Laksa Kelantan. Kalau anda nak tahu sedikit asal usul tentang laksa, boleh baca artikel ini.  https://purpledurian.my/makan/tradisional/laksa-dari-pedagang-cina-asal-usul-sebenar-laksa/

REVIEW

Bagi min, Warung D’Kelate memang banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. Jangan malu jangan segan. Mari orang Tawau datang ke Warung D’ Kelate dan rasai sendiri keunikan dan kelainan menu masakan dari Kelantan. Harga juga berpatutan. Jemput semua datang cuba dan komen!

LOCATION

📍Warung D’Kelate 

 Bandar Tawau, Tawau, Sabah 

🗺Google maps: https://goo.gl/maps/vY3tpUZ6yM79gmuYA

📞Phone: 013-9725957

📲Facebook: https://www.facebook.com/warungdkelate?mibextid=LQQJ4d