Korang dah selalu makan western sampai dah muak nak telan chicken chop semua tu? Nak cari kelainan tapi tekak masih nak makan daging? Jom hari ni min review satu restoran yang menyediakan smoked beef paling best di Shah Alam!
Perkenalkan Karnivor Malaya, restoran yang menyajikan woodfire smoked beef paling laris di Shah Alam. Terletak di Courtyard Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam. Dibuka setiap hari kecuali hari Rabu, pada pukul 5 petang hingga 10 malam. Kalau korang malas nak keluar, Karnivor Malaya juga ada menyediakan delivery di kawasan sekitar menggunakan aplikasi BungkusIt. Dah kenyang makan western tapi nak cari pula pencuci mulut di Selangor? Korang boleh try Pal Litt Aiskrim, boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/makan/viral/pal-litt-aiskrim-aiskrim-turun-temurun-dari-langkawi-kini-di-selangor/
Menu
Ini adalah sedikit menu yang boleh korang order di Karnivor Malaya ini.
1. Australian Prime Brisket – 200GM (RM59)
Smoked Beef yang berat 200gram dihidangkan sekali dengan single side dish beserta salad. Sorang makan pun dah kenyang tau.
2. Meat Maniac Platter – 1 Kilogram (RM444)
Dianggarkan daging Smoked Beef Brisket seberat 1 kilogram, ribs, lamb dan grilled chicken dihidangkan untuk lima orang makan.
3. Rosemary Lamb (RM48)
Daging kambing bahagian shoulder yang diimport dari NZ serta mashed potato
Review
Walaupun sedikit mahal, tapi kalau tengok portion serta saiz daging yang mereka hidangkan memang besar dan berbaloi. Min pun terliur tau bila tengok gambar gambar dalam menu yang diorang sediakan. Review orang ramai tentang kedai ni pun semua ramai bagi lima bintang dimana sangat sesuai untuk makan ramai ramai atau yang nak melahap sorang. Btw, kalau korang ni vegetarian tapi masih nak makan makanan berdaging, korang boleh try produk dari Green Rebel yang specialist dalam pembuatan daging dan ayam yang berasaskan tumbhan. Min sertakan link untuk bacaan korang ya. https://purpledurian.my/makan/moden/daging-dan-ayam-berasaskan-tumbuhan-green-rebel-beri-kelainan-buat-penggemar-vegetarian/
Location
📍Karnivor Malaya
No. J-G-95, Courtyard Plaza Jelutong, 5C, Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
Website: https://www.karnivormalaya.com/
🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/cxri288fwsod1QAm8
📞Phone: 010 920 3239
📲Instagram: https://www.instagram.com/karnivormalaya/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/karnivormalaya/