Mana peminat atau yang suka makan sashimi kat sini? Meh kumpul jap min nak nak bagitau ada satu restoran yang menyajikan sashimi yang fresh yang diberi nama The Fat Fish yang terletak di Mont Kiara. Dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam.
Apa Itu Sashimi?
Sebelum tu min cerita sikit apa itu sashimi. Sashimi merujuk kepada ikan mentah atau daging mentah yang dihiris. Kebanyakannya, ikan air masin digunakan untuk memebuat sashimi. Ikan atau makanan laut seperti tuna, salmon, udang, makarel, sotong, kerang dan landak laut digunakan secara meluas untuk makanan isitimewa ini.
Sashimi biasanya tidak mengandungi beras, atau bahan bahan lain seperti ikan. Selalunya di restoran, sashimi dihidangkan di atas lobak putih yang dicincang (daikon) bersama dengan halia jeruk, wasabi, lemon, timun hiris atau sos soya untuk menaikkan lagi rasa ikan.
Di The Fat Fish, selain sashimi, mereka juga menghidangkan seafood yang sangat fresh dan masakan yang sudah tentunya menepati citarasa penggemar makanan laut.
Antara menu yang dihidangkan di The Fat Fish adalah:
Menu
1. Fat Fish Pizza (RM30-RM40)
Pizza mereka diperbuat dari adunan nasi jepun yang rangup dengan salmon, tuna, shiro, maguro, tobiko, bijan dan sos teriyaki.
2. Fat Fish Don/ Salmon Don (RM40-RM50)
Salmon Don dengan hirisan salmon, ikura, salmon cincang, nori, bijan dan daun bawang.
3. Sashimi Moriawase – Fuyu (RM140-RM150)
Antara best selling sashimi di sini yang mengandungi salmon, taro, maguro akami, shiro maguro, kampachi dan hotate.
Review
Baik itu lah serba sedikit tentang The Fat Fish dan apa itu sashimi bagi mereka yang tidak tahu. Bagi min harga untuk makanan di restoran sedikit pricy, namun berbaloi lah dengan portion diorang dan rasa diorang pun bukan cikai cikai punya kedai seafood orang kata haa. Review review di Instagram dan TikTok pun kebanyakkannya semua positif belaka. Orang Kuala Lumpur Jangan lupa singgah di The Fat Fish yang terletak di Mont Kiara ni ya, semua details min ada selitkan di bawah!
📍 Location
The Fat Fish,
Ground Floor,
Lot 6, Retail 163 Park,
Jalan Kiara, Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 013 261 3777
Instagram: https://www.instagram.com/thefatfish_mk/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/thefatfish.sb/