Berita baik untuk penggemar minuman boba tea atau smoothies, ada perisa baru yang menarik dilancarkan oleh Gong Cha baru-baru ini gais! Mesti ramai pencinta perisa Mint Chocolate gembira kat luar sana kan? Sebagai peminat no.1 perisa mint, min sangat teruja, hari ini juga min nak singgah Gong Cha.
Gong Cha lancarkan siri minuman bermusim baharunya – A Sip of Magical Mint. Minuman bermusim ini terdiri daripada Mint chocolate Milk Tea dengan Pearl, Mint Chocolate Smoothie dan Mint Oreo Smoothie. Boleh didapati di semua cawangan Gong cha, tidak termasuk Sabah.
Baru-baru ini minuman dan makanan berperisa mint chocolate dah jadi trend di seluruh dunia sejurus dengan perbahasan tentang berapa ramai yang sukakan perisa ini. Untuk kalian yang teringin nak rasa macam mana rasa mint chocolate, bolehlah try minuman siri baharu ini di Gong Cha!