Asal Usul Pau atau Nama Asalnya Baozi yang Dicipta oleh Askar Cina

You are currently viewing Asal Usul Pau atau Nama Asalnya Baozi yang Dicipta oleh Askar Cina

Min pasti semua orang tahu pau dan pernah makan, betul tak? Tetapi tahukah korang pasal sejarah pau ni, betul ke asalnya makanan askar Cina di China dahulu? Jom kita belajar sejarah pau bersama-sama!

Asalnya kuih pau atau nama asal dia, baozi ini datang dari negara China. Menurut sejarah dahulu kala, pau dicipta oleh Zhuge Liang iaitu seorang askar pada kurun ketiga di China. Pau tercipta apabila Zhuge Liang dan bala tenteranya dalam perjalanan nak ke selatan China dan ada tentera beliau terkena sejenis wabak.

Tentera China cipta Pau. Sumber: Google

Disebabkan beliau ada sikap bertanggungjawab, jadi beliau pun membuat sejenis makanan dari mantao dan yang berintikan daging untuk bantu tenteranya cepat sembuh. Waktu tu mantao ban dah wujud tau sebagai sejenis ban kosong yang dikukus.

Asal Pau adalah dari Mantao. Sumber: cookinginchinglish.com

Pau juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow. Di China juga, terdapat banyak variasi pau macam xiãolòngbão, pau kecil yang berintikan daging dan sama macam dumpling dari segi rupa. Shengjian mántaó pula ialah pau kecil berintikan daging yang digoreng dari Shanghai. Manakala, tangbão ialah pau bersaiz besar dan berintikan sup yang pekat. Dikatakan, waktu tu orang-orang Cina sangat gemar dengna pau dan yang lain tu.

Pau yang dijual di China. Sumber: Google

Pau dan segala macam adik beradiknya pun dah tak susah nak dapatkan di Malaysia, kan? Kalau korang teringin nak makan xiãolòngbão atau mantao yang sedap sedap, pergi sahaja ke Din by Din tai fung. Pau biasa pun banyak je dijual ditepi jalan, macam pau inti daging, kari ayam, kacang merah, kaya dan cendawan. Makan time panas-panas sedap weh!

Pau di Malaysia. Sumber: Google