A&W Lancar Burger Blueberry Khas untuk Pencinta Burger

You are currently viewing A&W Lancar Burger Blueberry Khas untuk Pencinta Burger

Baru-baru ini A&W Malaysia baru sahaja keluarkan Blue-Beary Burger! Korang mesti tertanya-tanya, blueberry? Dalam burger? Ya, Unik kan! Siapa peminat A&W wajib cuba burger ni tau sebab ni antara burger dan campuran sos berry pertama kat Malaysia!

Sumber: anwmalaysia/facebook

Siri Blue-Beary Burger ini datang dengan dua jenis burger iaitu Beef Blue-Beary Burger dan Chicken Blue-Beary Burger. Korang boleh pilih nam rasa burger yang meriah dengan double patties beef yang cukup juicy atau ayam yang di grill dengan garing, atau beli je kedua-duanya sekali hehe. Burger ni pula penuh dengan cheese, mayo, kubis, tomato dan sos blueberi yang manis!

Sumber:anwmalaysia

Tak pelik ke makan burger dengan jem buah..? Haa, korang kenalah cuba dan nilai sendiri tau! Gabungan savori dan manis ni memang kena dengan citarasa min, memang sedap gais! Boleh dapatkan di semua cawangan A&W seluruh Malaysia kecuali di Sabah.

Comments