Kedai mamak sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia. Pergi lah mana mana pun mesti ada terselit satu atau dua kedai mamak. Asal lepak je mesti kedai mamak, tengok bola pun cari kedai mamak juga. Senang cerita mamak dah jadi macam rumah kedua lah.
Ni dah nak mula World Cup ni tengok lah nanti bertapa ramainya penyokong bola sepak yang akan membanjiri setiap kedai mamak yang memasang tv skrin besar. Korang sokong apa? Min rasa tahun ni min nak sokong Germany lah hahaha. Jom min ceritakan sikit sejarah ataupun sedikit sebanyak tentang kedai mamak ni.

Pernah tak korang tertanya tanya macam mana mulanya perniagaan makanan kedai mamak ini di Malaysia?
Asalnya adalah disebabkan oleh migrasi orang India Muslim ke Tanah Melayu. Sejarah mengenai kemasukan India Muslim ke Malaysia ada dimuatkan dalam buku Indian Muslims in Penang: Role and Contributions yang ditulis oleh Seeni Naina Mohamed, diterbitkan pada tahun 2001.

Perkataan ‘’mamak’’ ini berasal dari perkataan Tamil yang merujuk kepada pak cik, iaitu ‘’maa-ma’’. Di Malaysia umumnya digunakan oleh golongan muda sebagai panggilan kepada orang yang lebih tua atau dewasa. Walaupun perkataan mamak itu secara umumnya merujuk kepada pak cik dalam bahasa Tamil, dalam konteks rakyat Malaysia ditujukan khas kepada sesuatu kedai yang digelar kedai mamak yang bermaksud kedai tersebut adalah kedai milik India Muslim.
Apa special dan hebatnya kedai mamak ni sebenarnya? Iainya bergantung kepada kesedapan sesuatu makanan yang dihidangkan di sesuatu kedai tersebut. Tanpa makanan yang sedap, mungkin itulah kali pertama dan terakhir pelanggan tersebut datang ke sesuatu restoran berkenaan.

Walaupun kedai mamak kebanyakannya hanya menghidangkan makanan yang biasa biasa sahaja, ianya menjadi pilihan kerana selalunya pelayan di kedai mamak ini lebih responsif, pantas dan sangat friendly dengan pelanggannya. Tidak seperti di sesetengah kedai lain diamana ada kalanya pelanggan terpaksa menunggu lama sebelum pesasan mereka di catit.

Antara faktor lain yang menyebabkan mamak menajadi kedai pilihan pelanggan adalah disebabkan oleh lokasinya sendiri. Kebanyakan kedai mamak akan memilih lot yang paling hujung atau corner lot yang membolehkan mereka membuka lebih banyak meja makan di kawasan luar bangunan yang lebih luas dan berangin kerana pelanggan selalunya lebih suka suasana yang luas berbanding makan di dalam kedai.

Tidak lupa juga majoriti kedai mamak akan dibuka selama 24 jam sehari yang menjadi tarikan utama generasi muda untuk lepak sampai lewat malam dengan kawan kawan. Macam yang min cakap awal awal tadi pun ada kedai mamak yang menyediakan skrin besar untuk tayangan bola sepak supaya lebih ramai yang akan datang ke kedai mereka.