Aiskrim merupakan makanan pencuci mulut yang simple kegemaran ramai. Kalau bukan pencuci mulut lepas makan pun kita masih juga mencari aiskrim lagi lagi musim panas ni kan, Haaa kali ini min nak review dan share kat korang aiskrim yang paling best min jumpa di area Kuala Lumpur ni iaitu Pal Litt Aiskrim!
Apa Itu Pal Litt?
Sebelum tu min bagitau dulu apa itu pal litt. Pal litt adalah jenama ais krim klasik dari Langkawi yang berasal dari kata kerja ‘palit’ yang lebih kurang kata kerja ‘calit’. Di Langkawi dulu hingga sekarang memang famous lah ais krim palit ni.
Ianya 100% homemade dengan resepi turun temurun yang sentiasa menjadi kenangan dengan keunikan tersendiri. Antara topping wajib untuk ais krim pal litt ni adalah pulut, kacang tanah, jagung dan susu cair. Flavour pula boleh dipilih dari vanilla, strawberry, keladi, pandan dan banyak lagi.
Lokasi dan Waktu Perniagaan
Untuk lokasi pula, Pal Litt Ais Krim mempunyai tiga cawangan setakat ini dan dua cawangan yang akan dibuka tidak lama lagi. Antara tiga cawangan tersebut adalah di Danau Kota, Setapak, LRT KL Sentral dan di Pulau Langkawi. Dua cawangan yang bakal dibuka tidak lama lagi adalah di kawasan Shah Alam dan Gombak.
Waktu perniagaan mereka pula berlainan mengikut lokasi. Contohnya di Danau Kota, mereka beroperasi pada setiap hari kecuali Jumaat pada jam 1 tengahari hingga 6 petang, manakala di LRT KL Sentral dibuka setiap hari pada jam 12 tengahari hingga 9 malam dan di Pulau Langkawi dibuka setiap hari kecuali Jumaat pada 11 pagi hingga 6 petang.
Harga
Harga bagi aiskrim ini bergantung kepada saiz cup yang korang order nanti. Tak kisah flavour apa atau topping apa yang korang nak add on sebab topping semua free! Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
1. Cup kecil dengan free topping: RM3.50
2. Cup medium dengan free topping: RM4.50
3. Cup Extra Large dengan free topping: RM14.90
4. Pal Litt Aiskrim jenis roti dengan free topping: RM4.50
Review
Review yang min tengok di TikTok dan Instagram memang rancak betul mengatakan aiskrim Pal Litt ni memang sedap dan manis secukup rasa. Apa yang best adalah topping yang disediakan tu semuanya free seperti pulut, kacang dan jagung. Harga pula standard aiskrim tepi jalan je tapi rasa macam beli kat kedai mahal wey! Mana yang berdekatan Gombak boleh singgah di Pal Litt Aiskrim ni dan mana yang lalu di kawasan LRT KL Sentral juga boleh singgah sebab kedai diorang dibuka setiap hari!
📍 Location
- Pal Litt Ais Krim Cawangan Danau Kota, Setapak
- Pal Litt Ais Krim Cawangan LRT KL Sentral
- Pal lItt Ais Krim Cawangan Pulau Langkawi
Phone: 012 456 6858
Instagram: https://www.instagram.com/pallitt.aiskrim/?hl=en