Makan Masakan Cina Muslim Yang Sedap Dengan Portion Yang Besar | Amber Chinese Muslim Restaurant

You are currently viewing Makan Masakan Cina Muslim Yang Sedap Dengan Portion Yang Besar | Amber Chinese Muslim Restaurant

Rasanya nama Amber Chinese Muslim Restaurant ni agak terkenal ye dalam kalangan orang Malaysia. Ia adalah sebuah restoran yang menyajikan masakan Cina Muslim yang mempunyai banyak menu untuk korang pilih. Restoran yang terletak di Nexus, Bangsar South ni merupakan sebuah restoran yang besar dan sentiasa penuh dengan pelanggan yang ingin merasai keenakan masakan Cina.

Amber Chinese Muslim Restaurant

Masakan asli Cina ini dikatakan dibawa sendiri oleh pemiliknya iaitu Amber, bersama perabot yang ada di dalam restoran ini. Memandangkan ia menyesuaikan gaya masakan dari Utara China, korang boleh dapatkan daging lembu dan kambing sebagai hidangan korang. 

Kat sini korang boleh dapatkan pilihan daripada lebih 40 hidangan gaya lima bintang yang terdiri daripada pembuka selera, hidangan panas, hidangan panggang dan mee tarik. Makanan yang kami order memang besar betul tau portion dia. Makan 2-3 orang pun belum tentu habis. Nak tengok tak kami order apa?

Sizzling Tofu with Minced Meat Sauce
Clear Noodle with Red Peppers
Nasi Ayam Kung Pao
Chicken Dumpling
Deep Fried Man Tou

Korang tengoklah sendiri, banyak betul kan portion kat restoran ni.

Memang berbaloi la kalau korang bawak seisi keluarga korang menikmati makanan asli Cina di sini. Personal favourite untuk kami adalah Clear Noodle with Red Pepper tu. Pedas tapi memang sedap menusuk tau. Rugi kalau tak cuba!

Deep Fried Man Tou tu pun sedap, cicah pulak dengan susu manis memang kena lah! Tak ada peluang pula kami nak cuba Steam Mantou, mesti sedap juga. Mungkin kena datang lagi lain kali.

Ayam Kung Pao tu pun sedap tau, rasa macam masam manis dan sangat sesuai dimakan bersama nasi. Add on pula dengan sizzling tofu tu, confirm tak cukup satu pinggan nasi. Korang jangan lepaskan peluang tau untuk try makan kat sini juga! 

💯 akan repeat!

Lokasi📍

Amber Chinese Muslim Restaurant

Unit 14, Level 1, Nexus, 7, 

Jalan Kerinchi, Bangsar South, 

59200 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps: Amber Chinese Muslim Restaurant