Makanan Style Bandung di Ibu Kota | Batagor & Siomay Bandung, Chow Kit

You are currently viewing Makanan Style Bandung di Ibu Kota | Batagor & Siomay Bandung, Chow Kit

Kadang-kadang bosan jugak kan kalau makan makanan lokal Malaysia je kan. Apa kata korang cuba pula makanan Indonesia atau sebenarnya makanan Bandung ni. Terdapat sebuah kedai makan atau sebenarnya medan selera yang menyediakan seleksi makanan dari Bandung tau di pertengah ibu kota iaitu Batagor & Siomay Bandung.

Kedai Makanan Batagor & Siomay Bandung, Chow Kit

Ketika kami pergi ke kedai makan tu, malangnya kami tak dapat nak merasa main dish kedai makan tu sebab datang awal pulak jadi kami tukar plan dan try makanan lain!

Korang nak tahu makanan apa kami order?

Nasi Uduk!

Kalau kat Malaysia kita ada nasi lemak kan? Nasi uduk ni adalah nasi lemak di Indonesia! Menarik kan? Nasi uduk juga merupakan makanan untuk orang Indonesia bersarapan di pagi hari tau! Sama lah macam kita untuk nasi lemak. Nasi uduk biasanya dipadukan dengan lauk, seperti ayam goreng, telur balado, kering tempe dan lauk lainnya yang mudah didapatkan.

Selain itu, kami juga ada makan lontong sayur Medan! Sedap tau, tapi lain sikit dengan lontong kuah lodeh yang kita makan di Malaysia. Memang worth a try! 

Lontong Sayur Medan

Dekat kedai makan tersebut, ada juga dijual pisang cheese tapi style Indonesia! Tak pernah lagi kami makan pisang cheese yang macamni sebab di Malaysia pun kita makan yang disalut tepung dan digoreng lalu dihias dengan cheese kan? Tapi pisang cheese di sini lain sebab mereka menggunakan kaedah lain untuk menghidang pisang cheese tersebut!

Unik kan?
Yay dah siap!

Untuk korang yang teringin nak try sendiri masakan Indonesia tapi belum mampu lagi untuk terbang ke Indonesia, korang boleh pergi ke sini untuk try sendiri semua jenis makanan yang disediakan di sini tau! Have fun!

Lokasi📍

Batagor Siomay Bandung, Kuala Lumpur

24, Jalan Chow Kit, 

Wilayah Persekutuan,

50350 Kuala Lumpur, 

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Maps: Batagor Siomay Bandung, Kuala Lumpur