Antara bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tarikan pengunjung setiap kali tibanya bulan yang mulia ni, tak lain tak bukan mestilah bazar Ramadan yang terletak di Presint 3, berdekatan dengan Masjid Besi yang terkenal tu.
Bazar yang mula beroperasi daripada 3 April sehingga 2 Mei ni membolehkan ramai orang singgah ke bazar ni untuk membeli juadah berbuka puasa. Seperti biasa, banyak juadah dan terdapat pelbagai variasi makanan yang korang boleh pilih, dari kuih-muih sehinggalah makanan berat seperti nasi berlauk dan macam macam lagi.
Kami dari team Purple Durian dah pergi sendiri tau berjalan di bazar Ramadan Putrajaya ni. Besar dan sangat-sangatlah ‘spacious’. Tak payah bersesak sebab situasi kat sini amatlah teratur. Parking pun banyak tapi ada jugak yang korang kena jalan jauh sikit, tapi takde hal lah kan untuk bazar yang best ni?
Kat sini, ada satu gerai yang jual satu makanan yang semakin popular ni tau.
Korang pernah try Tongmo Bakar tak?
Kalau belum, boleh lah singgah ke bazar ni!
Selain tongmo bakar ni, ada juadah lain yang korang boleh pilih. Korang tengoklah sendiri okay!
Menarik tak bazar Putrajaya kalini? Banyak jugak isu yang terjadi kat bazar ni kan tapi, kita hiraukan je lah dan pastikan diri kita sendiri memilih makanan yang bermutu dan elakkan pembaziran juga tau.
So, dah tahu ke nak beli apa nanti? Apa apa pun, kalau pergi nanti jangan lupa pakai mask dan amalkan penjarakan sosial ok!
Alamat
Persiaran Perdana, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya