6 Benda Yang TAK PATUT Dimakan Dengan Durian

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing 6 Benda Yang TAK PATUT Dimakan Dengan Durian

Akhirnya, sudah tiba musim durian untuk tahun ni! Korang dah dapat merasa durian belum?

Kalau yang belum tu, jangan lupa dapatkan sementara tengah musim durian ni!

Durian merupakan raja buah yang digemari hampir seluruh rakyat Malaysia.

Malah, ada juga masyarakat dari negara luar yang berkenan dengan buah durian walaupun dengan baunya yang tidak berapa wangi.

Jom kita lihat 6 makanan yang tak patut dimakan dengan buah durian!

durian musang king

1. Susu segar

susu segar

Susu dan durian perlulah dielakkan sama sekali kerana ia boleh menaikkan tekanan darah.

Nanti tak pasal-pasal pening kepala!

via GIPHY

2. Buah Laici

lychee

Buah laici dan buah durian dikategorikan dalam buah-buahan yang boleh dikatakan memanaskan.

Jika kedua-dua buah ini dimakan pada masa yang sama secara berlebihan, ia boleh mendatangkan risiko yang tinggi terhadap kesihatan kita. Ia boleh mendatangkan demam panas mahupun cirit-birit.

Jadi, janganlah tamak sangat, makanlah salah satu buah ni untuk satu hari dan juga berpada-pada.

3. Buah Manggis

mangosteen

Ya, ada yang cakap buah manggis boleh kurangkan kepanasan selepas makan durian.

Tapi, berhati-hatilah dengan kandungan gula yang kita makan kerana kedua-dua buah ini mempunyai kandungan gula yang tinggi dan berkemungkinan boleh mendatangkan kencing manis. 

4. Ketam

steamed crab

Ketam dikategorikan dalam makanan yang menyejukkan manakala durian adalah disebaliknya.

Dengan kombinasi ini, ia mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk kita sakit perut.

5. Daging Lembu & Daging Kambing

lamb mutton

Daging merupakan makanan yang boleh dikategorikan panas.

Maka, jika durian yang panas ditambah lagi dengan daging yang panas, badan kita akan bertambah panas dan akan menyebabkan keradangan pada tubuh badan. Jadi, berhati-hati! 

6. Alkohol

alcohol

Kandungan sulfur durian yang tinggi akan menghalang enzim yang membantu untuk memecahkan alkohol dalam badan.

Bukan sahaja korang akan dapat pedih ulu hati dan gangguan pencernaan, tapi dosa pun dapat tau!

Setiap makanan yang mengandungi kandungan gula yang banyak perlulah dikawal demi kesihatan masing-masing. 

Jangan lupa makan makanan yang seimbang dan banyakkan minum air kosong.

Comments