5 Kdrama yang Pasti Buat Korang Craving Makanan Korea!

You are currently viewing 5 Kdrama yang Pasti Buat Korang Craving Makanan Korea!

Korean drama atau singkatannya K-Drama sangatlah tidak asing lagi dalam komuniti rakyat Malaysia ni kan. Kebanyakkan orang kita suka layan drama Korea daripada pelbagai genre tak kisah lah drama cinta hinggalah drama aksi atau ‘thriller’, kalau dah namanya K-drama mesti kita akan layan punya kan! 

Daripada barisan pelakon yang kacak dan cantik sampailah jalan cerita yang lain daripada yang lain itulah yang membuatkan kita tertarik untuk tonton K-drama tu kan! Tapi kalau satu K-drama tu ada ‘scene’ makan-makan… lagilah orang suka nak tengok! Sebab nampak sedap kan? 

Jadi kat sini ada beberapa k-drama yang korang boleh tengok untuk memuaskan hati ‘foodie’ korang tu! 

Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

Drama ni sangatlah popular kerana cara mereka menyuap makanan mereka dengan cara yang sangatlah menyelerakan! Memang ‘must-watch’ lah orang kata!

Let’s Eat

Rasanya drama ni memang orang layan kan? Sampai ada tiga siri tau untuk drama ni! Mesti buat korang rasa nak tengok sambil mengunyah punya 😜😋.

Reply 1988

Drama ni pun banyak jugak scene makan-makan yang membuatkan kita lapar dan ingin cuba semua makanan Korea!

Hospital Playlist

Rasanya drama Hospital Playlist ini agak underrated dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi korang bolehlah cuba tonton drama ni untuk discover makanan Korea yang sedap!

Itaewon Class

Siapa tak kenal watak Park-Saeroyi yang dilakonkan oleh pelakon kacak Park Seo-Joon ni kan? Korang tahu tak makanan Korea apa yang selalu ditunjuk dalam drama ni? Kalau tak tahu, korang kena tengok drama ni tau! 

Banyak lagi K-drama yang agak popular dalam kalangan peminat K-drama tapi inilah antara drama yang popular untuk kita tengok sambil mengunyah sesuatu 😝🤤. 

Kalau ada cadangan lain, bolehlah korang tinggalkan di ruangan komen kat bawah ni!