Ada Kisah Disebalik Nasi Dagang?

You are currently viewing Ada Kisah Disebalik Nasi Dagang?

Nasi dagang merupakan makanan tradisional Malaysia yang terkenal di kalangan masyarakat di Pantai Timur, tambah-tambah lagi di Terengganu dan juga Kelantan.

nasi dagang

Nasi dagang diperbuat dengan beras khas nasi dagang.

Di Terengganu, ia dibuat menggunakan beras campuran, antara beras putih beras jemah dan beras pulut dengan kadar tertentu.

Nasi dagang biasanya dihidang dengan gulai ikan ataupun gulai ayam.

nasi dagang terengganu

Tahukah anda, ada macam-macam versi cerita tentang asal usul nasi dagang ni!

via GIPHY

Mengikut tradisi dari cerita orang lama-lama, nasi dagang dicipta oleh Puteri Saadong, Raja Perempuan Kedua Memerintah Kelantan 1667-1671.

via GIPHY

Puteri Saadong merupakan anak kepada Raja Loyor dan dan datuknya Raja Sakti. Puteri Saadong dijadikan anak angkat oleh Cik Siti Wan Kembang, Raja Perempuan Kelantan Yang Pertama. 

Puteri Saadong berkahwin dengan sepupunya, iaitu putera kepada Sultan Samiruddin (Raja Jembal), yang bernama Raja Abdullah.

Salah seorang daripada Raja Siam telah terpesona dengan Puteri Saadong, lalu menangkapnya dan membawanya ke Siam untuk dijadikan permaisurinya tanpa persetujuan Puteri Saadong.

via GIPHY

Raja Siam menghidap sejenis penyakit kulit yang misteri yang tidak dapat disembuhkan dalam tempoh yang lama.

Puteri Saadong menawarkan pertolongan, tetapi dengan syarat beliau dihantar kembali ke Kelantan jika penyakit Raja Siam itu sembuh. Setelah dirawat, penyakit itu pun sembuh.

via GIPHY

Dengan itu, Raja Siam pun terpaksalah hantar Puteri Saadong kembali ke Kelantan menerusi sebuah rombongan yang khas.

Rombongan yang membawa Puteri Saadong itu sampai ke Kelantan, dan kemudian berlabuh  di Kuala Kemasin. 

Pada masa itu bekalan yang mereka bawa, seperti beras, lauk pauk, kelapa dan sebagainya hampir kehabisan.

Puteri Saadong dengan kebijaksanaannya telah memasak nasi dengan menggunakan bahan bahan yang sedikit itu untuk mereka makan.

Masakan itu dinamakan “Nasi Dagang” sempena keadaan mereka yang berdagang itu.

Tapi ini baru sahaja salah satu dari pelbagai versi asal usul nasi dagang.

Dari apa yang diceritakan oleh orang-orang tua kita, nasi dagang pada mulanya tidak dibuat oleh orang tempatan negeri Terengganu malah ianya dibuat oleh orang Bugis yang datang berdagang.

via GIPHY

Nasi dagang mulanya dibuat secara tidak sengaja oleh orang Bugis yang berada di Terengganu. 

Peristiwa terciptanya nasi dagang terjadi semasa persediaan untuk menyambut hari raya Aidil Fitri.

Rakyat biasanya akan memberi persembahan kepada istana dan sebahagiannya adalah untuk rakyat jelata menjamu hidangan itu di pekarangan masjid sebaik selesai bersembahyang hari raya.

Kemudian, orang-orang Bugis yang menetap di Terengganu bercadang untuk turut menyediakan juadah istimewa bagi dipersembahkan kepada baginda Sultan yang memerintah Terengganu pada masa itu dan juga untuk memeriahkan jamuan rakyat selepas sembahyang raya.

Orang-orang Bugis telah sepakat di kalangan mereka untuk membuat makanan Bugis secara bergotong-royong.

Orang-orang Bugis dikatakan telah bercadang untuk membuat sejenis ketupat dalam daun pisang iaitu ‘burasak’ dan dimakan bersama gulai ikan. 

Namun telah terjadi satu peristiwa dimana, semasa kerja mencuci beras untuk membuat burasak telah tercampur dengan beras pulut untuk dibuat lepat tanpa disedari sehinggalah kerja mengukus dibuat.

Cerita orang-orang Bugis sedang menyiapkan juadah istimewa telah sampai ke pengetahuan Sultan. 

Baginda amat teringin untuk melihat kerja orang Bugis itu dan mengajak beberapa orang pembesar pergi melawat orang-orang Bugis yang sedang memasak makanan tersebut.

Ketika orang-orang Bugis sedang sibuk mengukus nasi dan dalam keadaan yang agak kelam kabut, sukatan santan yang dicampur ke dalam beras telah terlebih daripada biasa.

Bau harum santan dan daun pisang serta dari wap nasi yang dikukus itu telah membuatkan selera Sultan terbuka.

Tiba-tiba Sultan bertitah, beta ingin merasa sedikit. Maka, nasi bercampur santan itu telah dipersembahkan kepada Sultan, lalu disantap sedikit oleh Sultan.

Sultan tersenyum dan bertitah; “Beta mahu, nasi orang dagang ini dipersembahkan kepada Beta untuk santapan pagi esok”. 

Maka di sinilah bermulanya perkataan Nasi Dagang.

via GIPHY

Ini adalah 2 dari pelbagai versi kisah nasi dagang.

Alang-alang suka makan nasi dagang tu, rajin-rajinlah baca asal usul nasi dagang ni!

Lihat video ringkas tentang Nasi Dagang di Instagram Purple Durian!