Cendawan Goreng Rangup : Ikuti Resepi Ini, ‘Confirm’ Jilat Jari.

You are currently viewing Cendawan Goreng Rangup : Ikuti Resepi Ini, ‘Confirm’ Jilat Jari.

Cendawan goreng rangup adalah salah satu snek yang semakin popular kerana kerangupannya yang memikat serta mudah untuk disediakan. Hidangan ini menggunakan pelbagai jenis cendawan yang dilapisi adunan tepung berperisa sebelum digoreng sehingga keemasan. Ia bukan sahaja menjadi pilihan sebagai makanan ringan, tetapi juga sebagai hidangan sampingan dalam pelbagai menu.

Ramai yang membuat snek ini dengan cendawan enoki, namun sebenarnya ia juga boleh dihasilkan dengan pelbagai jenis cendawan lain. Sebagai contoh, cendawan tiram. Sedap kan? Jom kita semak resepinya.

Bahan-bahan:

  • Cendawan
Cendawan Tiram
Cendawan Tiram: (Google)
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar tepung beras
  • Kunyit
  • Garam
  • Serbuk cili
  • Serbuk lada hitam
  • Pati ayam (pilihan)
  • Serbuk ketumbar
  • Serbuk jintan manis
  • Air

Cara Penyediaan Cendawan Goreng:

  • 1. Satukan semua bahan tepung dan bancuh dengan air, pastikan adunan tidak terlalu cair.
Bahan Tepung
Bahan tepung: (Google)
  • 2. Cuci dan toskan cendawan. Sebaiknya lap menggunakan tisu untuk memastikan cendawan benar-benar kering.
  • 3. Celupkan cendawan dalam adunan tepung
Adunan Tepung
Adunan Tepung: (page)
  • 4. Kemudian, goreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  • 5. Akhir sekali, setelah digoreng, gunting cendawan mengikut saiz kegemaran anda. Snek siap untuk dinikmati!
Cendawan celup tepung.
Cendawan Celup Tepung: (Google)

Cendawan goreng tepung sangat versatil kerana boleh dipadankan dengan pelbagai sos pencicah untuk menambah keenakan. Senang kan? Selamat mencuba semua!!!

Artikel berkaitan:

Artikel ditulis oleh Syuriana Ibrahim