Lemang adalah juadah istimewa di pagi Hari Raya. Ia melambangkan ikatan erat sesama ahli keluarga kerana ia dimasak bersama-sama. Bukan mudah untuk menyediakannya. Hal ini demikian, ia memerlukan teknik membakar yang betul agar lemang nanti tidak mudah hangit dan masak sekata. Ia perlu dipusing dan memerlukan penelitian agar ianya tidak berkerak, jika tidak lemang tidak masak tetapi sebahagiannya telah berkerak dan keras. Makanan ini sangat unik kerana ia dimasak dalam buluh. Bentuknya yang silinder dan mempunyai tekstur yang melekit seperti pulut kerana penggunaan santan yang banyak. Lemang berwarna putih dan dihidangkan bersama-sama rendang, kuah kacang, lodeh atau serunding.
Meh sini kita semak macam mana cara pembuatan lemang ni. Cuma untuk resepi kalini, lemang takkan dibakar cara klasik dengan api, tapi menggunakan oven ya!
Bahan-bahan
- 500 g beras pulut
- 400 ml santan pekat
- 100 ml santan cair
- 1 sudu kecil rata garam
- Buluh lemang secukupnya (Aznie beli kat shopee)
Cara-cara
- 1. Cuci beras pulut hingga bersih. Kemudian rendam beras pulut selama 5 jam.
- 2. Potong daun pisang lebih sikit dari tinggi buluh. ambil sedikit daun pisang bubuh ditengah2 dalam buluh.
- 3. Kemudian, gulung daun pisang guna chopstick dengan kemas.
- 4. Masukkan chopstik kedalam lubang buluh tadi dengan kemas. tarik perlahan -lahan dan kemaskan didalam buluh guna copstik. Gunting sedikit diatasmya supaya nampak kemas.
- 5. Toskan beras pulut dan ketepikan. Selepas itu, masukkan beras pulut kedalam buluh. Hentak-hetakkan sikit sebab kita nak ia rata. Nanti bila dah masak cantik bila dipotong.
- 6. Masukkan santan kedalamnya, lebihkan 1/2 inci santan dari pulut.
- 7. Panaskan oven 200’c. Bakar selama 1 jam api atas bawah hingga masak. Turunkan suhu kepada 120’c dan bakar lagi selama 30 minit. Kemudian, lemang siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Baca juga artikel:
- Nasi Telur: Menu Dari Dapur Diraja Terengganu
- Burasak: Sajian Tradisi Orang Bugis Yang Sedap & Disukai Ramai
Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.