Resepi Gedung Cak Kuih Warisan Utara

You are currently viewing Resepi Gedung Cak Kuih Warisan Utara

Gedung Cak adalah sejenis kuih yang jarang didengari kerana ianya lebih popular di kawasan utara Malaysia. Daun nipah sebagai pembalut membangkitkan selera hidangan. Tiada daun nipah, bukan gedung cak lah namanya. Bukan setakat kuih utara, kuih-muih dari Barat ke Timur pun ada. Apa pun, jom kita lihat resepi di bawah ni!

gedung cak
Sumber: YouTube

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 5 cawan kelapa parut
  • 2 cawan gula merah/gula melaka
  • 1 cawan air kelapa muda
  • Daun nipah secukupnya

Cara-cara membuat Gedung Cak:

lidi daun nipah
daun nipah dipotong

1. Daun nipah dibuang tulangnya dan dipotong sepanjang 15cm.

tepung pulut dan kelapa parut

2. Gaulkan tepung pulut bersama kelapa parut.

air gula melaka

3. Gula merah atau gula melaka dimasak sehingga cair. Masukkan air gula yang telah sejuk ke dalam adunan tepung.

adunan gedung cak
air kelapa muda

4. Gaul sebati. Tuangkan air kelapa muda ke dalam adunan tepung.

letak adunan gedung cak di dalam balutan daun nipah

5. Adunan disendukkan ke atas daun nipah dan dilipat seperti lepat.

lipat dan tutup daun nipah menggunakan lidi

6. Hujung daun nipah dikelat dengan lidi yang telah dipotong daripada daun nipah tadi.

bakar gedung cak di atas api

7. Bakar kuih gedung cak di atas api yang sederhana sehingga masak.

gedung cak siap

8. Apabila balutan daun nipah sudah bertukar sedikit warna hitam, boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.

Sumber resepi: YouTube Food Trail Malaysia

Klik untuk baca artikel sebelum ini.

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply