30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Lontong Kuah Lodeh

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:11 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Lontong Kuah Lodeh

Sedar tak sedar dah Ramadhan ke-21 hari ini, banyak dah resepi yang dikongsikan oleh Khairul Aming. Resepi pun semuanya best-best dan mudah untuk kita buat. Tapi hari ni Khairul Aming bukan kongsikan menu untuk berbuka tapi menu untuk masak masa hari raya nanti. Haa.. resepi hari ni kita nak masak Lontong Kuah Lodeh kalau korang tak pernah buat boleh baca sampai habis sebab min yakin lepas ni tiap kali raya korang mesti akan buat lontong kuah lodeh ni tau.

lontong kuah lodeh

Resepi juadah raya yang wajib korang cuba masa raya mesti mak mentua pun suka. Jom cuba masak !

Bahan-bahan (Kuah lodeh):

  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 biji cili padi merah
  • 2 ketul kunyit hidup
  • 4 sudu udang kering
  • 2 batang serai
  • 3 kotak kecil santan (Cari santan disini –> https://shope.ee/1VT02z0cDx)
  • Fucuk dan suhun (Tak ada fucuk boleh cari disini –> https://shope.ee/eCGLuhux)
  • Lengkuas sebesar ibu jari
  • Udang
  • Kubis
  • Lobak merah
  • Kacang panjang
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Air

Cara-cara:

rendam suun pucuk

1. Mula-mula kita rendamkan fucuk dan suhun sehingga lembut.

blend (kuah lodeh)

2. Sediakan bahan untuk diblender seperti 3 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih, 3 biji cili padi merah, 2 ketul kunyit hidup, 4 sudu udang kering yang sudah direndam dan letakkan air. Blend bahan-bahan ini hingga hancur.

masuk air dan gaul

3.Kemudian, kita tumiskan bahan yang diblender tadi bersama 2 barang serai dan lengkuas sebesar ibu jari. Kacaukan untuk seketika. Dah agak naik bau tambahkan 1 liter air dan kacaukan lagi

masukkan santan

4. Tunggu sehingga air mendidih dan korang boleh tambahkan 3 kotak kecil santan. Kacaukan kuah sehingga sebati.

masukkan udang dan kepala udang

5. Lepas itu masukkan udang dan masukkan juga kelapa udang sebab kepala udang ni boleh bagi rasa lebih sedap dalam kuah lodeh kita.

masukkan sayur suun pucuk

6. Bila udang dah hampir masak kita masukkan pulak kubis, lobak merah dan kacang panjang yang sudah dipotong kecil. Tambahkan juga fucuk dan suhun yang kita rendam tadi. Fucuk tu kalau korang nak potong kecik sikit pun boleh tak ada masalah.

letak perasa kuah lodeh

7. Kacaukan sedikit dan boleh tambah perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa. Dekat sini korang boleh adjust rasa ikut rasa yang korang suka.

kuah lodeh

8. Dan siaplah kita punya kuah lodeh. Tapi tak sampai situ je jom kita buat sambal bilis pula.

Bahan-bahan (Sambal bilis):

  • 3 biji bawang merah
  • Segenggam cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili besar merah
  • Seketul kecil belacan
  • Air asam jawa (Pakai pes asam jawa lagi senang –> https://shope.ee/8UckO4Q38N)
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Segenggam ikan bilis

Cara-cara:

blend (sambal)

1. Mula-mula kita blendkan 3 biji bawang merah, segenggam cili kering yang sudah direndam, 3 ulas bawang putih, 2 biji cili besar merah, seketul belacan kecil dan tambahkan air. Blend sehingga hancur.

masukkan sambal

2. Sediakan minyak masak dan tuangkan bahan yang diblender. Tumiskan sehingga pecah minyak.

masuk air asam jawa

3. Kemudian, tambahkan sedikit air asam jawa, garam, gula dan serbuk perasa. Dekat sini korang adjust rasa dia nanti.

masukkan ikan bilis

4. Kacaukan sehingga perasa tadi sebati dan masukkan segenggam ikan bilis yang sudah dibasuh.

sambal bilis

5. Kacaukan sehingga pecah minyak dan siaplah kita punya sambal bilis.

Bahan-bahan (Lain-lain):

Cara-cara:

rebus nasi impit

1. Didihkan air didalam periuk yang agak besar dan masukkan nasi impit.

dah masak angkat nasi impit

2. Rebus sehingga nasi impit masak dan toskan. Biarkan nasi impit sejuk sebelum dipotong.

goreng tauhu dan tempe

3. Potongkan tauhu dan tempe dalam ketulan kecil. Kemudian, gorengkan tauhu dan tempe hingga garing.

dah siap goreng tauhu tempe

4. Angkat dan asingkan tauhu dan tempe yang siap digoreng tadi.

susun cantik2

5. Akhir sekali, potongkan nasi impit yang sudah sejuk dan masukkan dalam mangkuk. Tambahkan kuah lodeh, sambal bilis, tauhu dan tempe goreng, dan telur rebus. Telur rebus ni optional kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa. Siaplah kita punya lontong kuah lodeh.

Haa… macam mana koranh dengan resepi Khairul Aming kali ni. Nampak macam susah tapi sebenarnya mudah je tau korang yang mana nak ambik hati mak mentua boleh practice dulu buat sebelum nak raya ni. Sedap sangat tau korang lontong kuah lodeh ni makan panas-panas memang terbaik. Kalau korang nak tengok video resepi lontong kuah lodeh dari Khairul Aming boleh klik sini. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua !