Lempeng atau hidangan seperti krep adalah makanan ruji sesetengah budaya. Asal usul pek nga terletak pada ditemui di Kedah, kelapa merupakan bahan utama dalam pembuatan peknga. Walaupun dikatakan asal usulnya di Kedah, kawasan Pantai Timur juga dikatakan sudah mempunyai makanan ini dengan nama lain seperti Lempeng Kelapa. Perbezaan ketara adalah kedua hidangan ini mempunyai pencecah yang berbeza. Di Kedah, selalunya peknga sesuai dikombinasikan dengan sambal bilis dan juga gulai ayam. Di pantai timur pulak, lempeng kelapa dimakan dengan pulut dan juga ikan kering.
Min share sikit macam mana nak buat peknga atau lempeng kelapa ni, bahan-bahanya adalah:
1 cawan tepung serbaguna
1 cawan kelapa parut
1/4 cawan santan
1/2 air
1 sudu teh garam
Haa mudahkan bahan-bahannya? Min nak share juga macam mana nak masak dia pulak,
- Cari mangkuk besar, mudah untuk proses gaul. Campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati.
- Panaskan kuali dan gunakan mentega daripada minyak. Kan sekarang bulan puasa, bulan turun berat katakan.
- Tuangkan adunan ke dalam kuali secara perlahan, kemudian gunakan kuali dan gerakkan supaya adunan dapat menjadi bentuk bulat.
- Masak dalam 1-2 minit untuk satu bahagian dan terbalikkan untuk proses yang sama.
- Ulangi langkah sehingga adunan habis, tetapi min pernah buat dulu setiap kali dah masak letak pinggan ja terus habis jadi tak perlu risau kalau terlebih.
Min tahu, kalau sekadar baca resepi ja tak semestinya jadi peknga ni, jadi ada beberapa tips yang min nak bagi supaya proses pembikinan peknga ni berjalan lancar dan natural.
- Dalam resepi ni ada elemen yang penting untuk mempengaruhi bentuk dan struktur adunan, elemen tersebut adalah cecair. Air atau santan perlulah disukat dengan cermat supaya nanti adunan tak terlalu cair atau terlalu keras. Kalau adunan terlalu keras tambahla air, kalau terlalu cair tambahla santan untuk melikatkan adunan tun mungkin tabur sedikit tepung sebagai langkah keselamatan.
- Rupa bentuk peknga atau lempeng kelapa ni tak boleh hangit, nanti hilanglah kemanisan santan dan kelapa tu, jadi setkan masa dengan betul, setiap bahagian 1-2 minit sahaja.
- Nak sedap? tambah la pencecah. ada yang suka makan dengan sambal, dengan kari ayam, ikan kering. Malah dengan pulut pun sesuai dikombinasikan, jadi ikutla kreativiti masing-masing.
Ha, itula sedikit perkongsian min untuk para pembaca, cubalah resepi ni. Min pun suggest kepada pembaca kalau nak lebih detail, scroll la tiktok. Min share la link video tiktok kalau yang nak tgk pembuatan secara langsung,
Resepi Pembuatan Peknga @ Lempeng Kelapa- https://vt.tiktok.com/ZSFVbL75D/, https://vt.tiktok.com/ZSFVbksHN/, https://vt.tiktok.com/ZSFVb6S5b/
Khairul Aming ada buat lempeng tapi lempeng pisang la;
Video Lempeng Pisang- https://vt.tiktok.com/ZSFVb8Sk9/, Mana tahu yang mana pandai olah boleh tukar resepi ni jadi Lempeng Kelapa.
Lepasni nak share resepi apa pulak?
Article create by Jabarullah.