Top 15 Tempat Berbuka Puasa di Shah Alam

You are currently viewing Top 15 Tempat Berbuka Puasa di Shah Alam

Hai korang, min sini. Jom kita sama-sama tengok pelbagai pilihan restoren dan buffet yang patut korang singgah kalau korang duduk di area Shah Alam sempena bulan Ramadan ni!

1. Polperro Steak House

Tempat ni memang spesial dalam bab makanan western ala Melayu. Kalau datang sini, korang mesti cuba t-bone steaknya yang sangat lazat dan tender! Gerenti kenyang dengan banyak lagi pilihan macam chicken chop, spaghetti carbonara dan banyak-banyak lagi.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/j899mQPZ1Cyp1Vnh8

2. Al-Rawsha Restaurant

Al-Rawsha Restaurant
Sumber: Al-Rawsha

Restoren ni agak special di mana ia berbentuk macam istana. Memang rasa ekslusif makan dekat sini! Al-Rawsha menghidangi segala makanan Arab macam chicken mandy, shawarma dan kebab. Antara makanan yang direkomen juga termasuklah Mansaf Jordan Lamb. Kena try, baru tau!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/Upo7MaQGtpGLytnM8

3. Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah

Restoran Aroma Hijrah ni sesua untuk menjamu selera bersama keluarga atau teman-teman korang. Mereka menghidang makanan Arab dengan sedikit perubahan untuk menepati cita rasa orang Malaysia. Daripada kebab, nasi mandy, kabsah, ke baklava, mesti ada yang korang jadikan fevret.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/yt7iUu3AVGSSjksC8

4. D Kayangan Steamboat

D Kayangan Steamboat
Sumber: Tripadvisor

Teringin nak berbuka puasa dengan steamboat? Inilah antara pilihan yang korang ada di Shah Alam! Mereka ada aneka pilihan makanan yang sedia makan di samping makanan laut dan perapan daging segar, sedia untuk dimasak. Korang boleh jugak duduk dekat kawasan meja makan luar kalau nak rasa dingin. Best!

🗺️Google Maps: https://maps.app.goo.gl/UDcmyRoS3inZ4ttZ6

5. Island BBQ Steamboat

Island BBQ Steamboat terletak dekat dengan Lapangan Terbang Subang. Salah satu lagi steamboat yang berkonsepkan buffet, pasti ada sesuatu yang menarik untuk korang di sini. Yang pasti, mesti kena datang dengan perut kosong! Mereka ada banyak seleksi makanan steamboat untuk dimasak dan makanan sedia makan seperti nasi lemak dan kue tiau. Dessert macam ais krim pun ada.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/hvZzd8xHECyrxXR59

6. Ayam Penyet Master

Tempat Berbuka - Ayam Penyet Master
Sumber: Daily Makan

Siapa yang suka makan nasi ayam penyet wajib singgah Ayam penyet Master. Kenapa? Kerana ada ‘unlimited’ nasi dan sup! Korang bayar dengan harga RM9.90 je dah boleh tambah nasi banyak-banyak tau. Kekenyangan lah korang lepas makan sini nanti. Mesti cuba!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/dPaNJ56KHd3S5F9M9

7. Warong Saudagar Kambing Bakar

Warong Saudagar Kambing Bakar
Sumber: Twitter

Kalau korang mengidam kambing bakar, tempat ni memang pasti kena dengan korang. Saudagar menghidangi pelbagai makanan western ala Melayu macam chicken chop, chicken wing, kambing bakar dan lain lain semua disaluti dengan cheese meleleh! Kalau minat cheese, tempat ni mesti try.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/2Fon8hPJ9nNEJvzS6

8. Restoran Tirai Kayangan

Restoran Tirai Kayangan
Sumber: X/Twitter

Tempat ni menghidang banyak menu klasik kegemaran Melayu seperti chicken chop butter milk, nasi goreng seafood, nasi goreng pahlawan, ikan bakar dan banyak lagi. Kalau korang nak tempat kasual untuk berbuka dengan harga berpatutan, tempat ni mesti pergi.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/bbzVrtY1aLqtgwyA9

9. Laman Grill Steak & Bar-B-Que Steakhouse

Kalau nak berbuka dengan makanan western ala grill dengan portion yang banyak, tempat ni agak menarik. Daripada chicken chop ke spaghetti bolognese, boleh memuaskan keinginan makanan western korang.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/GSihAZD1XmQZidgS6

10. Hirup Cafe

Hirup Cafe ni ada 3 cawangan di Shah Alam. Seksyen 7, Seksyen 9 dan Seksyen 13. Korang pilih je lokasi yang terdekat dengan rumah atau tempat kerja. Yang menariknya, korang boleh lepak sini sampai pukul 2 pagi. Jadi, kalau tengah malam tiba-tiba rasa nak minum espresso ke matcha ke mocktail ke.. Korang singgah sini je!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/FjGLY29j8yFkHBW99

11. Kafe Eat & Repeat Shah Alam

Restoran ni ada konsep yang sangat unik! Mereka menghidangi variasi makanan tempatan dalam mangkuk yang kecil, hanya RM2.20 per mangkuk! Memang best dapat try pelbagai jenis makanan tanpa mengorder portion makanan yang besar!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/G6ecNe9BsfhTm6AM6

12. Foodsbury Cafe

Tempat ni ada pelbagai hidangan cafe ala western macam kopi mocha, caramel latte dan banyak lagi. Dessert macam kek lava coklat mereka memang sedap! Makanan berat macam spaghetti pun ada.

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/3ZSV3CdttvHYPJ317

13. Dapor Che Lah

Kalau korang gemari makanan tradisi untuk berbuka, Dapor Che Lah mestilah salah satu pilihan korang. Dapor Che Lah menyediakan hidangan set dulang dengan pelbagai pilihan seperti set masak asam pedas, set siput sedut masak lemak, set siput sedut masak asam dan banyak lagi!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/ntopvF4YinHUP1nm7

14. Nasi Kukus Boss

Nasi kukus ayam berempah yang memang sedap dihidang dekat sini! Kalau korang tak pernah try lagi, tempat ni agak terkenal dengan orang tempatan sebab nasi kukus diorang memang sedap!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/sEg4LkABdsbYzeyq5

15. RA.RE Chillexpark

RA.RE Chillexpark
Sumber: BelangTarung

Kalau korang nak eksperiens berbuka dekat restoran style food court, RA.RE Chillexpark mestinya destinasi seterusnya korang. Pelbagai makanan dapat korang rasa dekat sini, macam makanan barat, Thai, Nyonya dan segalanya!

🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/s5pET7T7ZoaSkPVw8

Artikel oleh Farzana Iwani

Leave a Reply