Zus Coffee: Minum Coconut Latte seperti CEO

You are currently viewing Zus Coffee: Minum Coconut Latte seperti CEO

Kopi Bos Baru!

Perlukan permulaan hari dengan penuh tenaga dan bebas daripada produk tenusu? CEO Coconut Latte dari Zus Coffee sesuai untuk korang! Sempurna untuk pagi yang penuh semangat dan bagi yang mencari alternatif unik dan berkrim kepada kopi biasa yang korang selalu minum.

CEO Coconut Latte adalah minuman berkrim yang boleh memberi perubahan kepada rutin pagi korang tanpa pengambilan produk tenusu. Sangat bagus untuk yang ingin rasa bersemangat di pagi hari dan suka mencuba benda baru. Katakan “Bye” pada yang biasa, dan “Hello” pada yang unik!

Kelebihan Susu Kelapa – CEO Coconut Latte

Adakah korang tahu?

Susu kelapa menawarkan tekstur krim yang serupa dengan susu lembu, menjadikannya pilihan popular untuk resepi vegan dan minuman kopi bebas tenusu. CEO Coconut Latte ni adalah minuman yang cukup kuat untuk memberi tenaga pada tubuh badan. Gabungan rasa espresso dan susu kelapa yang unik ini, akan membuatkan korang lagi tertarik untuk mencuba. Jangan takut untuk cuba benda baru ya! Peluang tidak datang selamanya.

Mungkin juga korang tertanya apa beza yang baharu ni dengan edisi biasa?
Semestinya ada beza di antara 2 menu ini. Siri ‘Coconut’ yang biasa mengandungi 4 bahan iaitu espresso, susu kelapa (barista), susu pekat manis dan susu (textured milk), manakala CEO Coconut Latte hanya menggunakan 2 bahan iaitu espresso dan susu kelapa (barista). Melalui bahan-bahan yang digunakan, korang dah boleh agak CEO Coconut Latte ini lebih kuat rasa espresso berbanding siri biasa. Nama pun CEO kan, kopi ala-ala bos.

Untuk siri CEO, hanya terdapat suhu panas, suam dan extra panas. Tiada ais tau! Kalau korang nak minum ais, boleh pilih Coconut Latte yang biasa sahaja. Harga permulaan untuk CEO Coconut Latte ini bermula RM10.90. Korang boleh je nak custom tambah extra shot atau topping dan sebagainya. Harga pun berbeza lah untuk yang itu.

Sampul Raya & Sticker Percuma

Alang-alang mencuba menu CEO baru, korang beli lah secawan lagi. Dapat sticker dan sampul raya percuma tau.
Kempen ni sah dari 11 Mac hingga 7 April sahaja! Min juga nak ingatkan korang yang Zus Coffee ada menawarkan kempen Ramadan bersama Bulan Bintang.
Jadi, apa tunggu lagi? Ingat bos ingat Zus!

Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat kempen di atas, korang boleh layari laman web rasmi Zus Coffee atau ikuti perkembangan terkini melalui media sosial mereka di Facebook, Instagram, Twitter/X dan TikTok.
Nikmati minuman berkualiti dari Zus Coffee – mencipta pengalaman kopi yang unik setiap hari!

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply