ZUS Coffee Lancar Menu Baharu 2024: The Butterscotch Series

You are currently viewing ZUS Coffee Lancar Menu Baharu 2024: The Butterscotch Series

Jenama minuman ZUS Coffee yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia, kini telah melancarkan minuman bersiri baru menjelang musim perayaan Aidilfitri 2024. ZUS Coffee adalah antara jenama kopi yang popularitinya semakin mencanak naik di Malaysia. Banyak cawangan yang telah dibuka hasil daripada sokongan padu rakyat Malaysia, kebanyakannya di kawasan KL dan Selangor, serta beberapa buah cawangan di negeri lain.

Dengan tagline berbunyi “A Necessity Not A Luxury”, syarikat ini telah membawakan kelainan pelbagai menu kopi premium tetapi pada harga mampu milik. Ianya digemari ramai kerana dipercayai menghidangkan konsep minuman harian yang mampu dinikmati setiap hari, bukan hanya sebagai satu simbol kekayaan dan gaya hidup mewah.

Sumber: Facebook rasmi ZUS Coffee

Teringin untuk mencuba menu baru ZUS Coffee? Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai kesemua perisa dari Butterscotch Series ni!

  • Butterscotch Latté: Terasa mengantuk lepas satu pusingan ketupat dan rendang? Cuba rasai kelembutan minuman panas/sejuk Butterscotch Latté untuk lebih bertenaga di hari raya.
  • Butterscotch Frappé: Sedikit rasa manis-masin untuk kekal segar menjelang teriknya matahari di waktu tengah hari.
  • Butterbae: Keajaiban nostalgia malam raya menonton filem bersama keluarga tidak lengkap tanpa keenakan Butterbae.

Sumber: Facebook rasmi ZUS Coffee

Cubalah sekarang!

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan

Leave a Reply