Tradisi Berkongsi Nestlé Ice Cream Malaysia Diteruskan

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / News
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Tradisi Berkongsi Nestlé Ice Cream Malaysia Diteruskan

Aiskrim Nestlé LA CREMERIA menyebarkan kegembiraan kepada lebih 10,000 keluarga pada Musim Raya ini bersama Uncle Kentang!

Raya Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA

Raya Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA

Sempena sambutan Hari Raya, Nestlé Ice Cream Malaysia dan aktivis sosial tersohor Kuan Chee Heng, yang juga dikenali sebagai Uncle Kentang. Sekali lagi bersatu untuk meneruskan tradisi yang menyentuh hati bagi menyebarkan senyuman serta semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Bersama-sama, mereka telah mengedarkan aiskrim Nestlé LA CREMERIA kepada golongan memerlukan sebagai sebahagian daripada kempen Raya ‘Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA’. Kempen ini berjalan pada tarikh 22 April 2024.

April Wong, Business Executive Officer, Nestlé Ice Cream Malaysia; social activist Kuan Chee Heng aka Uncle Kentang; and Juan Aranols, Nestlé (Malaysia) Berhad CEO

Sedia maklum mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi masyarakat semasa musim perayaan ini, lebih daripada 30 ahli kumpulan Nestlé (Malaysia) Berhad telah meluangkan masa untuk mengagihkan aiskrim kepada keluarga yang tinggal di bangunan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) di Pinggiran Bukit Jalil, Flat Taman Puchong Permai dan Puchong Utama. Turut serta mengagihkan aiskrim ketika kunjungan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols. Yang juga turut hadir ialah Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream Malaysia, April Wong. Lebih daripada 10,000 keluarga telah menerima aiskrim tersebut.

3 Jenis Aiskrim Nestlé LA CREMERIA Yang Menarik

April Wong, Business Executive Officer, Nestlé Ice Cream Malaysia; social activist Kuan Chee Heng aka Uncle Kentang; and Juan Aranols, Nestlé (Malaysia) Berhad CEO, alongside team members of the Nestlé

Apa yang membezakan kempen tahun ini berbanding sebelumnya adalah penambahan tiga perisa menarik baru bagi aiskrim Nestlé LA CREMERIA. Perisa-perisa yang ada seperti Hazelnut, Summer Berries Yoghurt dan Chocolate Brownie Fudge dengan Seasalt. Penambahan rangkaian perisa pada tahun ini bertujuan untuk menyajikan kepelbagaian pengalaman yang boleh dinikmati oleh individu dan keluarga. Ini menjadikan aiskrim ini sebagai pilihan ideal untuk sebarang majlis mahupun perhimpunan sosial.

Juan Aranols and [Centre] Uncle Kentang personally handing out Nestlé LA CREMERIA ice cream sticks to more than 10,000 families in celebration of the Raya festival

Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad:

“Mendukung semangat Raya, musim ini turut mengajar kami untuk mengambil berat terhadap komuniti Malaysia di sekeliling kami. Kempen ‘Raya Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA’ sentiasa mengenai mencipta pengalaman yang penuh kegembiraan. Kami amat gembira untuk berkongsi detik-detik berharga ini bersama dengan komuniti di sekeliling kami. Melihat senyuman yang terpancar di wajah penduduk mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan impak positif. Bukan hanya pada tahun ini, tetapi juga untuk tahun-tahun yang akan datang. Nestlé LA CREMERIA, seperti produk Nestlé Ice Cream yang lain dihasilkan secara tempatan di Chembong, Negeri Sembilan. Oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kami berharap Nestlé LA CREMERIA akan terus menjadi mercu tanda kebaikan serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk bersatu dan membawa senyuman dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

Encik Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, aktivis sosial:

“Saya berasa amat gembira untuk bekerjasama sekali lagi dengan Nestlé LA CREMERIA untuk menyebarkan senyuman kepada lebih ramai individu pada musim Raya ini. Menyaksikan syarikat-syarikat besar seperti Nestlé Malaysia Berhad sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat kami benar-benar menyentuh hati. Amalan memberi balik kepada masyarakat adalah penting dan ia adalah amalan yang harus dilakukan oleh orang ramai untuk memberi impak positif kepada kehidupan orang lain dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk semua.”

The crowd collecting Nestlé LA CREMERIA ice cream sticks_ LA CREMERIA Hazelnut, Summer Berries Yogurt, and Chocolate Brownie Fudge with Seasalt
The crowd collecting Nestlé LA CREMERIA ice cream sticks_ LA CREMERIA Hazelnut, Summer Berries Yogurt, and Chocolate Brownie Fudge with Seasalt.

Nestlé LA CREMERIA, yang terkenal dengan rasa yang lazat dan mewah dengan perisa adalah merupakan satu jenama premium di bawah rangkaian Nestlé Ice Cream sejak 2002. Tersedia dalam bentuk pint dan batang, aiskrim Nestlé LA CREMERIA boleh didapati dengan mudah di semua pasar raya. Tidak lupa juga, kedai serbaneka tempatan pada harga yang berpatutan.

Mengenai Nestlé Malaysia

Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

Klik sini untuk baca artikel sebelum ini.

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply