Momen Moomazing – Platform Penghantaran Makanan Terkemuka NMooMoo Meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Dengan Festival Makanan, Menampilkan 90 Usahawan F&B Tempatan

  • Post author:
  • Post category:News
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Momen Moomazing – Platform Penghantaran Makanan Terkemuka NMooMoo Meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-2 Dengan Festival Makanan, Menampilkan 90 Usahawan F&B Tempatan

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2023 — Platform penghantaran makan tempatan, NMooMoo, meraikan ulang tahun penubuhan yang kedua dengan menganjurkan Festival Makanan Moomazing. Bertempat di Pekarangan Tempat Letak Kenderaan B, Stadium Bukit Jalil, acara tersebut menampilkan lebih 90 gerai makanan yang berjaya menarik minat beribu pengunjung.

Festival yang berlangsung selama tiga hari itu menyaksikan penggemar makanan di seluruh Lembah Klang berkumpul untuk mencuba pelbagai jenis menu jalanan, pencuci mulut dan lain-lain hidangan, termasuklah mi pedas ‘mala’, BBQ, nasi ayam, makanan tradisional Thai serta pelbagai hidangan pencuci mulut yang lazat seperti makarun, wafel telur dan aiskrim.

NMooMoo Festival
(Dipaparkan: Dari kiri- Nicson Teh Man Tatt, pengasas bersama NMooMoo, En. Muhammad Fitri Bin Ramli, Pegawai Khas kepada wakil Parlimen Bandar Tun Razak, dan Francis Chio, Pengasas Bersama, dan Pengurus Jualan dan Pemasaran Nasional NMooMoo)

Bercakap mengenai acara penting itu, Pengurus Jualan dan Pemasaran NMooMoo, Francis Chio berkata, “Kami berhasrat untuk mewujudkan suasana yang meriah dan inklusif, di mana orang ramai dari segenap lapisan masyarakat boleh berkumpul dan bersama-sama makanan yang lazat, seperti yang kami gemari. Kami berharap agar festival ini boleh mencerminkan nilai asas jenama kami, dan membuktikan komitmen kami dalam meneraju sebuah gerakan sosial yang mengatasi pengalaman gastronomi. Festival Makanan Moomazing telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan, di mana acara ini menyediakan platform penting untuk usahawan makanan dan minuman yang bekerjasama dengan kami, selain menjadi tempat berkumpul untuk menjamu selera pada hujung minggu ini.”

Selain keseronokan menjamu selera, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan secara langsung daripada The Rebels Cheer Team serta pemuzik Elaine Lee dan Ava. Pameran A Greatest Showman oleh HyperActive Entertainment turut memeriahkan lagi festival tersebut. Selain itu, pengunjung turut dihiburkan oleh telatah maskot Moo Moo dan Nii Nii. Pelbagai permainan dan hadiah percuma turut disediakan di mana para pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM30,000 sepanjang tiga hari festival tersebut diadakan.

Dalam usaha untuk memberi kembali kepada masyarakat, festival ini turut menyediakan kotak derma bagi menggalakkan para penganjur yang ingin menderma untuk tujuan amal kebajikan. Sepanjang acara tersebut subangan akan turut dikutip, di mana dana ini akan disumbangkan kepada Persatuan Rakyat Miskin Malaysia, Kelab Anak Muda Bandar Tun Razak, dan Persatuan Penduduk PPR Taman Mulia untuk membantu usaha masing-masing.

“Melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami akan terus menyokong amal kebajikan yang dekat di hati kami dengan menyumbang kepada kebaikan masyarakat secara amnya. Kami percaya bahawa dengan jalinan kerjasama, kami boleh memberi impak yang lebih besar untuk mencipta masa depan yang lebih cerah untuk semua,” tambah Francis.

NMooMoo Festival 2
(Dipaparkan: Pasukan NMooMoo, bersama tetamu kehormat mereka, Tuan Muhammad Fitri bin Ramli, dan wakil penaja dari Halo Telco, Musii, Tanghulu, Kim Dorian, Mat Rock Ayam Goreng Kunyit, dan Medipro Surgery selepas majlis penghargaan.)

Ditaja oleh Halo Telco dan Musii, Festival Makanan Moomazing telah dilancarkan secara rasmi oleh tetamu kehormat,Muhammad Fitri Bin Ramli Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Turut hadir ialah wakil penaja, Shukri Bin Abdul Rahim dari Halo Telco dan Mansee Lau Sow Chen dari Musii.

Dengan kejayaan festival makanan ini, NMooMoo kini giat mengorak langkah ke selatan untuk menemui penggemar-penggemar makanan di Johor. Edisi ke-2 Festival Makanan Moomazing dijadualkan untuk berlangsung akhir tahun ini di Johor.

Mahu menjadi yang terawal untuk merasai kemeriahan festival dan makanan yang dibawa NMooMoo? Ikuti perkembangan Festival Makanan Moomazing ke selatan serta berita terkini NMooMoo secara umum melalui halaman Instagram dan Facebook NMooMoo.