Kejap Food – Anak Muda Kelahiran Sarawak Membina Restoran Pandu Lalu Pertama Menjual Hidangan Tempatan

  • Post author:
  • Post category:Makan / News
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Kejap Food – Anak Muda Kelahiran Sarawak Membina Restoran Pandu Lalu Pertama Menjual Hidangan Tempatan

Seorang wanita yang berasal dari Sibu, Sarawak bernama Betty Ting telah mewujudkan sebuah restoran pandu lalu bernama Kejap Food. Kejap Food adalah sebuah restoran pandu lalu yang menghidangkan pelbagai jenis menu tempatan. Ia adalah restoran pandu lalu yang pertama di Malaysia yang memiliki hidangan tempatan. Untuk pengetahuan anda Kejap Food adalah restoran pandu lalu yang menghidangkan makanan panas dan fresh dibuat setiap hari.

betty ting

“All the existing drive-thrus in Malaysia are Western fast-food chains,” kata Betty.

“I can’t help but wonder why isn’t there a drive-thru that serves local comfort food to cater to a different appetite. After all, Malaysian cuisine is our national pride, and we should not be shy of promoting it.” sambungnya lagi.

Menu di Kejap Food hampir tidak memerlukan banyak pengenalan, kerana semuanya adalah kegemaran rakyat Malaysia. Ini termasuk karipap, bubur nasi, nasi lemak, roti bakar, dan banyak lagi. Pilihan minuman adalah apa yang anda harapkan daripada kedai makan tempatan juga, dengan pilihan klasik seperti kopi, teh tarik, sirap bandung dan beberapa pilihan lain.

menu kejap food

Kebanyakan hidangan utama dihasilkan oleh Kejap Food sendiri di bahagian tengah dapur. Ia kemudiannya dibekukan, dibungkus dan dihantar ke kedai. Ini memudahkan kedai menggoreng atau memanaskan semula makanan. Mereka juga 100% menggunakan bahan-bahan yang Halal dan makanan yang mereka sediakan semuanya Halal. Mereka telah mendapat sijil Halal pada tahun 2022 untuk outlet yang pertama dan mereka masih cuba untuk dapatkan sijil Halal untuk dapur utama.

kejap food setiawangsa

Pada masa ini terdapat 3 pandu lalu dari Kejap Food untuk anda pergi. Antaranya adalah Kejap Food di Caltex Setiawangsa, Petron Mile 3 Federal Highway dan Petronas Technology Park Malaysia. Mereka juga memiliki restoran yang anda boleh dine-in. Mereka memilik dua tempat iaitu di Ikea Batu Kawan, Penang dan Petaling Jaya. Kesemua makanan yang mereka sediakan adalah kegemaran rakyat Malaysia dan harga yang mereka berikan juga sangat berpatutan.

Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Kejap Food boleh layari https://www.kejapfood.com/