Warung D’ Kelate yang terletak di Jalan Tawau Lama ini menyajikan menu yang kebanyakannya berasal dari Kelantan kepada warga Tawau dan sekitarnya.
Dikenali dengan nama warung D’ Kelate, sudah semestinya ia adalah warung dengan pelbagai menu masakan yang berasal daripada Kelantan. Walaupun dikenali sebagai warung, tapi ia kelihatan seperti kebanyakan restoran. Sebelum itu, min share artikel yang anda patut baca kalau cari restoran yang menyediakan makanan Melayu, Cina, dan India di Tawau. https://purpledurian.my/makan/restoran-bismi-bistro-menu-melayu-cina-india-dengan-harga-berpatutan/
Warung D’ Kelate menyajikan pelbagai hidangan berasaskan nasi kerabu, roti, makanan laut, sayur-sayuran dan pelbagai lagi. Di sini min share beberapa menu yang ditawarkan. Sebelum tu mari tengok review menu yang dihidangkan di sini. https://vt.tiktok.com/ZS8uwUcSm/
MAKANAN
- Nasi Kerabu (RM 8 -/+)
Waa nampak sedap kan? Inilah antara makanan orang Kelantan iaitu nasi kerabu. Pengunjung yang datang ke sini kata “sedap sokmo” nasi kerabu di sini walaupun rasanya sedikit berbeza dari makan di Kelantan. Tapi kalau anda belum pernah cuba, boleh datang ke sini dan rasai sendiri kelainannya.
2. Sup Ikan (RM 6 /100gram)
Di sini juga menyediakan sup ikan dengan harga yang berpatutan. Anda juga boleh makan ikan dengan pelbagai perasa yang disediakan oleh tukang masak yang diterbangkan khas dari Kelantan.
3. Telur Bistik (RM 5-11 +/-)
Kalau anda tak tahu apa itu telur bistik, ia adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada telur bungkus dan telur dadar. Kalau nak tahu lebih lanjut apa itu telur bistik, jemputlah ke Warung D’ Kelate.
4. Laksa Kelantan (RM 5)
Kalau anda teringin makan Laksa Kelantan pun ada disediakan di Warung D’ Kelate dengan harga serendah RM 5. Laksa Kelantan di sini sudah pasti berbeza dengan Laksa dari negeri-negeri lain seperti Laksa Sarawak dan Laksa Johor. Jadi, anda memang patut datang ke sini untuk cuba pula Laksa Kelantan. Kalau anda nak tahu sedikit asal usul tentang laksa, boleh baca artikel ini. https://purpledurian.my/makan/tradisional/laksa-dari-pedagang-cina-asal-usul-sebenar-laksa/
REVIEW
Bagi min, Warung D’Kelate memang banyak pilihan makanan yang sedap-sedap. Jangan malu jangan segan. Mari orang Tawau datang ke Warung D’ Kelate dan rasai sendiri keunikan dan kelainan menu masakan dari Kelantan. Harga juga berpatutan. Jemput semua datang cuba dan komen!
LOCATION
📍Warung D’Kelate
Bandar Tawau, Tawau, Sabah
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/vY3tpUZ6yM79gmuYA
📞Phone: 013-9725957
📲Facebook: https://www.facebook.com/warungdkelate?mibextid=LQQJ4d