Viral Bekal Umar – Asal usul budaya Lunch Box

You are currently viewing Viral Bekal Umar – Asal usul budaya Lunch Box

Dengar je tagline “Bekal Umar pergi school” mesti korang dah boleh bayang suara si cilik Umar yang viral di TikTok, kan? Video-video menyiapkan bekal makanan untuk Umar yang dihasilkan oleh ibunya, Eien Razak, mendapat jutaan views kerana gelagat dan kepetahan Umar ni mencuit hati ramai orang! Video yang berlatar belakangkan suara Umar ni juga mula trending di TikTok dengan semakin ramai yang mengajuk atau meniru gaya umar bercakap. 

Antara video Viral di page TikTok @ Eien Razak.

Semakin banyak video penyediaan lunch box di TikTok ni, malahan sudah lama trend lunch box ni popular di TikTok tau. Kalau korang search je ‘Lunch Box’ di butang search TikTok, memang banyak video berkaitan penyediaan lunch box untuk anak-anak, suami dan even untuk diri sendiri! Ada yang siap buat siri tau, setiap hari punya lunch box mereka akan filemkan dan post di platform tu. Menarik, kan? Kalau korang dah ketandusan idea nak bawak apa untuk lunch, tinggal search je di TikTok. 

Sumber: thevocket.com

Asal usul Lunch Box

Alang-alang lunch box ni dah trending sekarang, korang tahu tak dari mana datangnya asal usul budaya lunch box ni?

Kalau di Jepun, lunch box ni dipanggil Bento box tau yang makanannya akan diletak didalam bekas yang berupa kayu. Asal mulanya bento ni ialah pada abad ke-5, masyarakat Jepun ni suka benda-benda yang praktikal dan memudahkan hidup mereka, jadi mereka selalu bawa nasi putih, kentang dan sedikit pilihan protein untuk ke tempat kerja. Setiap kali ada perayaan atau festival, setiap orang kan membawa bento untuk makan sendiri atau untuk berkongsi.

Bento tradisional. Sumber: facebook.com
Budaya mangkuk tingkat kian hilang. sumber:sariyusa.blogspot.com

Kalau di Malaysia pula, zaman dulu kala mak-mak akan bekalkan makanan dalam mangkuk tingkat. Bermacam jenis lauk dapat dibekalkan dalam mangkuk tingkat ni. Pergh, nostalgik betul! Tapi zaman sekarang ni dah tak ramai yang bawa mangkuk tingkat ni, mungkin dah mustahil nak jumpa! Walaupun mangkut tingkat dah tak digunakan, asalkan budaya bekal makanan masih hidup. Bagus lah bawa bekalan makanan dari rumah yang terjamin kebersihannya, dapat makanan sihat dan sekaligus dapat jimat duit, betul tak?