Masih mencari port lepak sambil makan Mac and Cheese? Dah jumpa kedai lain tapi masih tak umphhhh? Macam biasa, min nak share satu port paling cun untuk korang. Saltys, yang akan buat korang termimpi mimpi dengan cheese diorang yang melimpah ruah.
Saltys bertempat di The H Hartamas, Kuala Lumpur. Dibuka setiap hari bermula dari jam 11.30 pagi sehingga 12.30 malam. Selain dari dine-in, Saltys juga menyediakan option untuk self-pickup atau delivery.
Menu
Apa yang best di saltys ni? Ni min share sikit apa yang korang boleh order kat sini.
1. Nasi New York Ayam (RM21)
Nasi New York ni inspired by Halal Guys. Jadi rasa dia pun mungkin seakan akan dengan Halal Guys tapi versi Saltys. Yang bestnya diorang menggunakan beras basmathi, ayam, sayur, tomato, white sos dan hot sos. Portion diorang pula memang besar dan puas hati. Selain dari ayam, ada lagi pilihan lain seperi Nasi New York Kambing dan Kofta Beef (daging Australia).
2. Godzilla Korean Chicken Burger (RM18)
Min baru tengok gambar dia pun dah kecur air liur ni. Bagi yang memang hantu pedas, korang boleh try Korean burger ni. Daging ayam dia sampai warna merah la ditambah pula dengan rasa crispy dan daging yang besar. Bagi yang tak boleh makan pedas pula, korang boleh order Godzilla Chicken Burger je. Portion masih sama, beza pedas dan tak pedas je.
3. Mac And Cheese Seafood (RM21)
Ini dia makanan signature mereka, Mac and Cheese! Cheese diorang memang tak payah cakap lah meleleh sampai keluar bekas. Selain dari seafood, ada juga mac and cheese yang lain korang boleh try iaitu Mac and Cheese Beef, Chicken dan Mac and Cheese Plain. Portion semua sama, harga je berlainan sikit ikut apa yang korang order.
Review
Harga diorang tawarkan bagi min memang sedikit pricey, tapi kalau tengok dari portion yang diorang sediakan tu sangatlah berbaloi untuk apa yang korang bayar. Dengan cheese tak kedekut, portion daging besar, nasi yang banyak dan semua cukup rasa. Yang mana ada di Kuala Lumpur boleh datang singgah ke Saltys, The H Hartamas untuk nikmati Mac and Cheese mereka!
📍 Location
Saltys HQ,
The H @ Hartamas,
Jalan Sri Hartamas 22, Desa Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 017 951 0248
Instgram: https://instagram.com/saltys.hq?igshid=ZjA0NjI3M2I=
TikTok: https://www.tiktok.com/@saltys.hq?_t=8WefexQruvx&_r=1
Facebook: https://www.facebook.com/saltys.hq