Apa itu Rumah AOR?
Rumah AOR adalah antara kafe di Alor Setar, Kedah, Malaysia yang menyediakan pelbagai jenis pilihan sajian makanan termasuklah masakan ala barat dan masakan kampung yang pastinya menambat selera para pengunjung. Mana tidaknya, anda boleh mendapati pelbagai menu pilihan di sini seperti masak lemak daging salai, Mac ‘N’ Cheese Korean dan AOR nasi goreng kampung . Kafe ini juga menyediakan sotong goreng tepung dan udang masak mentega yang sangat lazat! Untuk minuman pula, pelbagai jenis air seperti 3 lapis bandung dan 3 lapis teh hijau disediakan. Pendek kata, rasanya memang sungguh tidak mengecewakan.
Harga
Harga untuk setiap hidangan dan minuman disini memang sangat berbaloi kerana setiap sajian akan menjanjikan kualiti rasa untuk para pelanggan. Tambahan pula harganya berbaloi dengan servisnya yang mesra pelanggan oleh staf-staf yang terpilih. Pendek kata, yang bukan kayangan pun, boleh berkunjung ke Kafe Rumah AOR ini kerana harganya yang berpatutan. Jadi janganlah lupa singgah ke restoran ini sekiranya anda datang ke Alor Setar, Kedah, Malaysia.
Ulasan
Dengan mengulas harga, servis dan lain-lain lagi berkenaan Rumah AOR ini, tidak heranlah mengapa ramai pelangan dari setiap negeri di Malaysia, yang datang untuk menikmati aneka juadah dan minuman yang pasti menambat selera para pengunjung. Marilah sama-sama kita mengajak saudara-mara, sahabat-handai dan kawan-kawan kita yang belum pernah ke sana untuk merasai pelbagai hidangan masakan dan minuman yang menepati citarasa antarabangsa ini. Mereka pasti tidak akan kecewa dengan rasa sajian-sajian yang menarik seperti nasi goreng kampungnya dan masak lemak daging salai serta air minuman panas seperti teh- tarik, kopi, Milo dan jus buah-buahan yang segar. Memang berbaloi untuk keluarga yang ingin bercuti di Alor Setar, Kedah untuk singgah ke Kafe Rumah AOR ini.
📍 Location
Rumah AOR,
1968 B, Jalan Stadium, Taman Tunku Habsah, 05604 Alor Setar, Kedah
Phone: 012-678 3134
Email: rumah.aor@gmail.com
Facebook: https://www.facebook.com/aor.rumah/
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali pada hari Selasa dan Rabu dari jam 4:00pm-12:00am