Pizza Paling Mahal di KL? Pizza Wagyu RM150 Jofliam Digilai Ramai!

You are currently viewing Pizza Paling Mahal di KL? Pizza Wagyu RM150 Jofliam Digilai Ramai!

Sejak dua tiga minggu ni selalu sangat video pasal Pizza Wagyu Jo ni lalu FYP min tau. Mampu tahan je lelehan air liur ni sebab bukan main susah lagi nak dapat order dan harganya pun memang tahap kayangan ye gais. Pizza Wagyu berharga RM150 ni memang dapat sambutan dari penggemar pizza, harga bukan halangan tau!

Pizza Wagyu paling sedap. Sumber: mamatisyablogspot.com

Mulanya Jofliam dan isteri, Cik Epal yang merupakan blogger terkenal pernah viral tahun lepas dengan niat ikhlas mereka memberi pizza wagyu untuk mangsa-mangsa banjir! Rata-rata netizen dan peminat mereka memuji sikap baik hati dan pemurah pasangan usahawan ini. Yelah, membantu orang susah dah cukup baik tapi masak sendiri pizza dengan wagyu A5 yang mahal tu memang luar biasa la dimata orang ramai kan. 

Pizza dimasak from scratch dari rumah, air tangan Jo sendiri. Sumber: bellqey/tiktok

Ha, sejak dari itu ramai pula yang request nak rasa pizza wagyu ni jadi Jo mula menjual kepada orang ramai. Jo biasanya akan buka order di IG storynya sahaja dengan first come first serve basis. So, memang kena cepat ye gais kalau nak rasa pizza ni sebab yelah Jo hanya buat sendiri dari rumah dan takde staff yang ramai pun. Doh tepung pun dia uli sendiri dan bakar dalam oven batu di luar rumah je gais, memang sangat terhad dan eksklusif betul pizza ni tau!

Sumber: jofliam/instagram

Bahan-bahan yang digunakan untuk pizza ni pun semua mahal dan terjamin berkualiti tinggi ya.

Daging Wagyu Marble 8, saffron dan sos special yang dibuat sendiri tu memang melengkapkan rasa pizza kayangan ni dan berbaloi la dengan harganya yang mahal tu kan. Berdasarkan komen-komen customer Jo, pizza sangat lembut, isi wagyu tebal dan sos pulak banyak meleleh. Orang ramai yang dah rasa pizza ni cakap, dah makan tu auto lupa harga tau! Pergh, macam tu sekali kelazatan pizza wagyu ni! 

Jo pun selalu pesan kepada customernya untuk terus makan sejurus dapat pizza tersebut untuk menikmati kelembutan doh pizza itu dan rasa crispy serta kelembutan wagyu yang terdapat di atas pizza beliau. Katanya kalau simpan untuk makan di rumah, dikhuatiri hilang rasa premium pizza itu seperti kerangupan krust di luar dan kelembutan ditengahnya,

Semua yang beli pizza ini bagi komen positif tau. Sumber: aienmohamad/tiktok

Memang ramai yang dah cuba dan puji pizza wagyu ni tau! Ada yang sanggup datang dari Perak, Pahang untuk order pizza wagyu Jo yang tengah letup-letup viral sekarang! Tapi dengar cerita Jo dah nak tutup perniagaan pizzanya disebabkan oleh beberapa report yang diterima dari jiran jirannya. Mungkin disebabkan oleh faktor keselamatan dimana kenderaan keluar masuk untuk membeli pizza dari Joflliam ini.

Tak sempat min nak rasa kesedapan pizza dari Jofliam ni. Apa apapun kita doakan yang terbaik buat beliau supaya kita semua dapat merasa pizza premium dari Jofliam okay! Boleh follow Instagram @/Jofliam untuk mendapat sebarang update dari beliau.

Nak buat pizza wagyu sendiri kat rumah? Boleh order wagyu murah di sini> https://shope.ee/5Kf3sIs2bI