Nikmati Selambak Sotong Goreng Tepung Di Semangkuk, Tampin

You are currently viewing Nikmati Selambak Sotong Goreng Tepung Di Semangkuk, Tampin

Korang pernah dengar tak ada satu restoran di Tampin, Negeri Sembilan yang namanya Semangkuk? Haa mesti korang pun tertanya – tanya kenapa semangkuk kan? Kenapa bukan sepinggan ke sedulang ke. Semangkuk tu kita dah sinonim dengan perkataan selambak, sebab apa? Sebab portion yang mereka sediakan memang selambak habis wey. Jom min review sikit apa yang ada di Semangkuk Tampin ni.

Portion Nasi Goreng Udang Galah dan Nasi Goreng Sotong
Inilahh selambak yang min maksudkan. Penuh satu pnggan bukan? Sumber: Semangkuk/Facebook

Semangkuk Tampin bertapak di hadapan Masjid Tunku Besar Tampin. Dibuka setiap hari kecuali hari Khamis pada pukul 3 petang hingga 10 malam. Restoran ini sebenarnya macam kedai tomyam dan seafood yang lain juga tapi apa yang special nya adalah portion mereka yang banyak dan juga pilihan seafood mereka yang besar gedabak.

Jom tengok menu favourite orang ramai bila datang makan di Semangkuk Tampin ini.

Environment di Semangkuk
Situasi kedai mereka yang tak lekang dengan oranrg ramai. Sumber: Semangkuk/Facebook

Menu

1. Nasi Goreng Sotong Goreng Tepung (RM23 – RM39)

Haaaa betul tak min cakap? Selambak portion sotong goreng tepung dia sampai nasi pun menyorok. Di hidangkan dengan tiga jenis sos untuk tambah lagi perasa dan kelazatan sotong goreng tepung korang.

Nasi Goreng Sotong Celup Tepung
Nasi Goreng Sotong Celup Tepung yang menjadi favourite orang ramai. Sumber: semangkuk.tampin/Instagram

2. Nasi Goreng Udang Galah (RM35)

Nampak tak dah dekat sama besar dengan pinggan makan dia punya udang galah. Macam hidangan dua tiga orang makan. Diorang cakap kalau nak order yang large macam ni perut kena betul betul kosong dulu baru ada syok.

Nasi goreng udang galah
Besar ya amat ya udang galah dia. Sumber: semangkuk.tampin/Instagram

3. Teh Ais Madu Ais Krim (RM5)

Makanan pun min dah review, portion diorang memang banyak tak tipu punya. Ni minuman special diorang, Teh Ais Madu Ais Krim sampai melimpah buih nya. Rasa pekat manis secukup rasa, ngam ngam lah nak meratah udang dan sotong goreng tepung tu ya.

Teh ais madu aiskrim
Kena betul minum teh ais dengan udang atau sotong goreng tepung ya. Sumber: semangkuk.tampin/Instagram

Review

Bagi min sendiri, harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan portion mereka yang cukup banyak. Ye lah kalau tak berbaloi, tak ada lah customer sanggup datang jauh jauh dan beratur semata mata nak merasa hidangan mereka ni kan. Mana yang ada di Tampin tu jangan lepaskan peluang korang untuk cuba hidangan selambak mereka dan untuk yang di luar Tampin, korang boleh je waze Semangkuk Tampin dan waze terus direct bawak korang ke sana!

📍 Location

Semangkuk,

Jalan Tampin Tengah,

Kampung Tampin Tengah,

73000 Tampin,

Negeri Sembilan.

Phone: 011 2062 5464 / 014 996 3906

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100057090114694

TikTok: https://www.tiktok.com/@semangkuktampin?lang=en

Instagram: https://www.instagram.com/semangkuk.tampin/?hl=en