Nasi Royale KB: Restoran Ini Menawarkan Nasi Dalca yang Sedap

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Nasi Royale KB: Restoran Ini Menawarkan Nasi Dalca yang Sedap

Nasi Royale KB merupakan sebuah restoran yang terletak di Wakaf Baharu, Tumpat Kelantan. Restoran ini menawarkan nasi dalca yang sedap. Didatangi dengan nasi berwarna kuning seakan nasi minyak yang akan menarik cita rasa korang. Jadi jom kita tengok menu yang disediakan.

Restoran ini menawarkan pengalaman menjamu selera seperti di kampung kerana restoran Nasi Royale KB ini terletak di kawasan kampung dan mempunyai hiasan meja yang diperbuat daripada kayu. Pengalaman ini pasti membuat korang rasa seperti makan di kampung sendiri. Min nak share kat korang terdapat kedai dessert menarik di KL cuba korang tekan di sini.

Menu Nasi Royale KB

Nasi Dalca merupakan menu utama di restoran ini. harga yang ditawarkan adalah RM8.00 sahaja. Ayam goreng berempah yang dihidangkan dengan rasa kari yang kuat. Rempah yang diperap bersama ayam goreng menarik rasa untuk anda menikmatinya. Kalau korang cari kedai western cuba tengok di sini.

Chicken chop di kedai ini dikatakan sedap kerana sos yang disediakan sangat sedap. Tambahan pula ayam goreng yang crispy dan juicy ketika di makan. Jadi orang pasti tidak akan menyesal mencuba makanan di sini.

Kesimpulan

Restoran ini yang terletak di tengah bandar Tumpat yang memudahkan pelanggan untuk mencari. Kemudian, restoran ini mempunyai kemudahan tempat meletak kereta yang luas dan selesa. Restoran ini mempunyai pekerja yang ramah dan murah dengan senyuman.

Semoga penulisan ini dapat membantu korang! Kalau korang berada di Tumpat jangan melepaskan peluang menikmati makanan di Royale KB!

Lokasi:

Maps: Nasi Royale KB

Facebook: https://www.facebook.com/NasiRoyaleKubangBatang/photos?locale=ms_MY

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=HJe6b7VFMaw

Curated by Affan Rosdi