Siapa je tak kenal dengan Mee Kari Opah yang tengah viral letup-letup di media sosial sekarang ni? Kalau korang asyik scroll TikTok memang wajib korang kenal, sebab setiap hari lalu fyp ya gais. Min dah penat asyik tahan terliur je nak beli pun asyik sold out! Eee sampai macam tu sekali penangan Mee Kari Opah ni!
Mee Kari Opah adalah mee kari segera yang dikeluaran oleh syarikat Arwa Food yang diasakan oleh dua pasangan artis, Ardell dan Adhwa.
Sejak beberapa bulan lepas, memang sambutan yang diterima mereka sangat hangat tau! Order masuk tak henti-henti khabarnya, sebab itulah asyik sold out je! Ramai yang dah buat review pun memang cakap berhantu gais!! Sampai asyik terbayang-bayang dan ketagih dengan mee kari ni tau!
Kita dah biasa dengan mee segera seperti Maggi, Mee PAMA dan sebagainya kan? Tetapi jarang betul dengar mee kari segera yang sedap macam yang dijual dikedai. Haa, katanya mee kari keluaran Arwa Food ni cukup lengkap semua rasa yang patut ada dalam mee kari tau.
Pekat, berlemak, cukup rasa dan mengenyangkan dahlah harga berpatutan je. Lepasni kalau craving mee kari dah tak perlu susah susah beli bahan dan buat sendiri ya! Beli je Mee Kari Opah dari Arwa Food ni dan rasa sendiri betul ke berhantu.