Meat Freak BBQ & Steak, Western Shop Popular Di Alor Setar

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden / Viral
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Meat Freak BBQ & Steak, Western Shop Popular Di Alor Setar

Apa itu Meat Freak BBQ & Steak?

Meat Freak BBQ & Steak ini adalah antara restoran makanan barat yg paling terkenal di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Mana tidaknya, anda boleh mendapati pelbagai menu ala barat di restoran terkemuka ini. Antara hidangan yang disediakan oleh Meat Freak BBQ & Steak ini adalah stik, daging berasap, tulang rusuk belakang berasap dan ‘teriyaki’ ayam madu.

Restoran ini juga menyediakan hidangan-hidangan makanan barat lazat yang lain dengan harga yang berpatutan.  Kesemua bahan sepert daging, ayam dan udang ini sememangnya berkualiti tinggi dan akan membuat para pelanggan sangat berpuas hati dengan keenakkannya. Servis di restoran ini juga mesra pelanggan dan pastinya anda tidak akan kecewa dengan layanan staf-staf di restoran ini.

Waktu perniagaan dan servis delivery yang disediakan oleh restoran Meat Freak BBQ
Waktu perniagaan dan servis delivery yang disediakan oleh restoran Meat Freak BBQ ini.

Antara yang menarik tentang restoran ini adalah ia menyediakan promosi-promosi yang berbaloi, contohnya jika anda membawa seorang lagi pelanggan baru, anda akan dapat minuman percuma.

Selain daripada itu, restoran ini juga membuat penghantaran ke pelanggan-pelanggan yang lebih selesa untuk menjamu selera di rumah. Tidak kira dimana pelanggan berada, Meat Freak BBQ & Steak akan pastikan kualiti terbaik di setiap masa operasinya.

Harga

Harga setiap jenis makanan ala barat di restoran ini memang sangat berbaloi dan pelanggan semestinya tidak akan kecewa kerana rasanya yang sangat lazat.

Tidak heranlah mengapa ramai pelangan walaupun dari negeri-negeri lain yang datang untuk menikmati pelbagai hidangan ala barat yang setaraf dengan citarasa antarabangsa. Ramai pelanggan yang megulas bahawa mereka berpuas hati dengan menu makanan-makanan di restoran ini dan mereka ingin datang semula untuk menjamu selera di sini.

Featured menu di Meat Freak BBQ & Steak
Antara menu yang disediakan oleh Meat Freak BBQ & Steak

Jadi tunggu apa lagi? Marilah sama-sama kita mengajak kawan-kawan kita yang belum berkesempatan untuk merasa hidangan-hidangan ala barat ini. Mereka pasti tidak akan kecewa dengan sajian-sajian yang menarik dan ditambah pula dengan pelbagai air minuman panas dan sejuk.

📍 Location

No. A/1 Tingkat Bawah,

Taman Desa Baiduri, Jalan Gangsa,

05150 Alor Setar, Kedah.

(Bertentangan dengan Savecost & Chin Hin Jalan Gangsa)

Waktu Operasi: Dibuka dari 3pm – 11pm dan tutup pada hari Isnin. (Pesanan terakhir pada 10.30pm)

Nombor telefon: 017-439 4636

Alamat e-mel: hello@meatfreak.my

Instagram: https://www.instagram.com/meatfreakbbq/?hl=en

Website: http://www.instagram.com/meatfreakbbq