Hello hello Terengganu, mana orang Terengganu yang tercari cari kopi Vietnam yang sedap dooh tu mehlah try kopi di Kee Nguyen cawangan Kuala Terengganu. Cafe ini terletak di Kampung Cina, center of Kuala Terengganu ha gitew.
Min boleh cakap Kampung Cina memang banyak tempat yang best antaranya ialah Kee Nguyen ni ha yang menjual Kopi Vietnam. Bukan itu sahaja, Kee Nguyen mempunyai lebih 50 cawangan di seluruh Malaysia tetapi min akan review outlet Kuala Terengganu sahaja ye 😀
Cafe ini baru sahaja dibuka pada bulan November 2022 tetapi sambutan sangat meriah dari orang Terengganu kerana keunikan kopi dan decorations yang membawa tema Vietnam ye! Jadi korang yang tak pernah pergi Vietnam bolehlah ”wak ghaso ghaso” seperti melawat Vietnam sambil menikmati secawan kopi kaw kaw.
Kee Nguyen ini cafe yang kecil sahaja berada di lorong Kampung Cina yang bertemakan klasik Vietnam. Cafe yang sangat klasik dan instagram worthy kalau nak bergambar disini. Antara yang menarik perhatian min ialah gantungan topi klasik Vietnam yang menjadi decoration utama kedai ini serta signboard cafe ini yang amat lain dari yang lain ye. Cafe ini ada dua bahagian iaitu di dalam cafe dan luar cafe iaitu di lorong laluan yang dihiasi payung warna warni sesuai untuk korang berborak dengan kawan korang sambil layan kopi Vietnam.
Bahagian dalam pulak banyak decoration topi klasik Vietnam dan memang bertemakan tradisional seperti langsir kain batik dan gantungan barang barang tradisional. Meja agak terhad disini tetapi korang boleh lepak dibahagian luar yang lebih banyak ruang dan pemandangan sangat cantik ye sebab gantungan payung di sepanjang lorong itu.
Min rasa outlet Kee Nguyen di Kuala Terengganu paling cantik antara outlet kerana pemilihan tempat di Kampung Cina yang mempromosikan heritage Terengganu.
Untuk menu diorang pulak, semestinya keunikan cafe ini ialah kopi kopinya. Antara signature Kee Nguyen ialah VIETNAMESE COFFEE yang ada 5 base iaitu condensed milk, black, latte, americano dan espresso shot. Selain itu, cafe ini juga ada special coffee seperti coke coffee, mocha coffee, yogurt coffee, egg coffee dan coconut coffee. WOW, banyak betul pilihan nak minum kopi kat sini dan menu cafe ini sangat menarik perhatian.
Jangan risau kalau nak makan ringan ringan korang boleh order pastry sambil mengopi. Tapi yang paling penting korang kena try kopi vietnam mereka, mesti terkejut dengan taste sebab sedap dooh ye!!
MENU
1. Egg Coffee
Eh telur dalam coffee?? Jeng jeng jeng… Coffee ini based dia ialah telur yang menjadi foamy ye korang. Jangan risau takkan ada bau hanyir dan rasa memang unik sangat. Kopi ini rasa sangat manis dan tak pahit sangat so sesuai untuk orang nak try kopi tetapi tak boleh kopi yang kaw terlebih. Foam coffee ini tebal betul ye macam dah seinci tebal dia tu. Creamy dooh!! So apa lagi korang kena trylah coffee ini.
2. Condensed milk Vietnamese Coffee
Vietnamese Coffee yang dicampur dengan condensed milk yang dipukul sehingga texture creamy. Campuran ini akan mengeliurkan korang kerana coffee ini balance rasa pahit dan manis dia. But untuk coffee lover korang pasti suka jugak coffee ini ha.
3. Yogurt Vietnamese Coffee
Vietnamese coffee yang dicampur dengan yogurt. Korang pasti tertarik dengan keunikan rasa coffee ini dan presentation sangat cantik ye korang! Rasa pun confirm sedap dooh.
Overall min boleh cakap cafe ini sangat cantik serta klasik sesuai dengan trend cafe zaman sekarang yang mementingkan kesenian tradisional. Korang pun boleh memakai topi klasik itu sambil mengopi dan apa lagi korang bergambar lah sepuas hatinya.
Untuk coffee lovers apa lagi korang bolehlah rasa keunikan coffee vietnam ini dan confirm korang akan repeatnya!! Tempat pun lawa sangat kalau nak ootd sambil ngopi ye! Alang alang korang di Kampung Cina korang bolehlah terokai Kee Nguyen untuk kopi vietnam mereka!!
LOCATION
📍Kee Nguyen
37, Jalan Bandar, Kampung Banggul, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu
📞 017-599 6575
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/gAN2NjMt1h7qBaNi9
🗺️Waze : Kee Nguyen
📱Facebook : https://web.facebook.com/keenguyencaphe/?locale=ms_MY&_rdc=1&_rdr
📱Instagram : https://www.instagram.com/keenguyencaphe/?hl=en