Kafe Kueh Mueh – Street Baby Pancake Gebu di Kuala Terengganu

You are currently viewing Kafe Kueh Mueh – Street Baby Pancake Gebu di Kuala Terengganu

Orang Terengganu yang sokmo mengidam street pancake tu boleh lah singgah di Kafe Kueh Mueh yang terletak di Jalan Tok Lam Kuala Terengganu. Street pancake yang saiz comel comel yang dijual disini memang menyelerakan ye korang. Cair mulut min hahaha.

Bukan itu sahaja kafe ini juga menyajikan hampir 40 jenis kuih muih dengan harga yang berpatutan so bersesuaian lah dengan nama kafe ha. Jadi buat orang Terengganu yang cari port sarapan pagi sangat sesuai datang ke sini makan kuih serta order street pancake yang gebu gebu gitew. Korang yang nak lunch dan dinner pun boleh disini kerana kafe ini memang all in one ye untuk korang datang!

Kafe Kueh Mueh
Kafe Kueh Mueh

Kafe ini memang simple je sesuai untuk orang santai dipagi hari makan kuih muih. Masuk ke dalam kafe korang akan nampak susunan kuih muih tradisional yang tersusun rapi so senang kalau korang nak order. 

Meja dan kerusi pun agak banyak walaupun kafe kecil sahaja. Untuk street pancake korang hanya perlu beratur di luar kedai kerana ia dijual di bahagian luar manakala kuih muih pulak korang kena order di dalam kafe. 

Untuk street pancake, gerainya kecil molek je dan service cepat sangat ye! Bayar dan 5 minit terus dapat pancake gebu. Tapi kalau ramai korang kena tunggu sekejap tapi bagi min sangat berbaloi serta harga yang sangat berpatutan dengan rasa pancake. 

Review customer (Instagram)
Review customer (Instagram)
Banner Kueh Mueh Street Pancake
Banner Kueh Mueh Street Pancake

Kafe ini menjual kuih muih tradisional Terengganu. Jadi, korang tidak perlu risau jika tiba-tiba craving kuih kerana anda boleh sahaja dapatkan kuih yang diingini di kafe ini. Kuih sagu? Kuih Talam? Onde-onde? Semuanya ada di Kafe Kueh Mueh! Kuih-muih dijual dengan harga RM0.50 hingga RM5 sahaja. Rasanya pula memang sedap belaka.

Bukan itu sahaja kafe ini juga menyediakan pelbagai menu yang menyelerakan seperti Nasi Lemak Ayam, Laksa, Mee Kari Nyonya untuk sarapan sambil makan kuih. Selain itu untuk menu tengahari pula korang boleh order Nasi Ayam Sambal Hijau, Nasi Ayam Sambal Hitam, Set Ikan Bekok yang sangat berbaloi untuk dirasai.

Korang boleh order semua di atas itu sambil tunggu street pancake korang disediakan. Untuk street pancake pula ada pelbagai topping yang meriah.

Pelbagai jenis Kuih Muih
Pelbagai jenis Kuih Muih

MENU

1. Street Baby Pancake (RM15)

Pancake yang kecik molek serta memang gebu dooh ye! Ada bermacam macam topping yang menarik disini and kalau nak makan topping yang banyak korang boleh order menu 4 benua yang ada topping biscoff, cadbury, matcha dan whitechoc oreo. Pancake pun lembut sangat dilimpahi dengan topping yang banyak sangat. Kalau makan memang puas hati ye korang!!

Baby pancake
Baby pancake
Menu Street Pancake
Menu Street Pancake

2. Set Ikan Bekok (RM25)

Set nasi putih yang dihidang bersama ikan bekok, singgang daging, ulam dan budu. Sedapnyaaaa min tengok! Singgang daging lembut, ulam pun sedap serta budu yang memang kaw betul ye! Portion yang banyak sesuai untuk makan dua orang ye set ini. Berbaloi untuk korang makan time lunch bersama kawan kawan. 

Set Ikan Bekok
Set Ikan Bekok

3. Nasi Lemak Ayam (RM7)

Kalau korang nak makan nasi waktu pagi bersama kueh mueh bolehlah korang pesan nasi lemak di cafe ini. Sambal memang cukup rasa, bilis pun rangup overall memang sedap nasi lemak di cafe ini. Then makan dengan kueh tradisional confirm korang happy sangat ye.

Nasi Lemak Ayam
Nasi Lemak Ayam

Overall cafe ini memang lengkap hidangan dari sarapan, lunch dan dinner ye! All in one place so senang korang nak makan disini. Dari nasi lemak, pilihan kueh mueh tradisional sehingga baby pancake yang gebu sangat. Harga pun sangat berpatutan dengan makanan yang ditawarkan. Tunggu apa lagi korang jemput singgah kafe Kueh Mueh di tengah bandar Kuala Terengganu.

Btw jangan lupa untuk tengok atau singgah sekali ke foodtruck Bergegau Food kalau korang mengidam baby pancake yang gebu dan sedap. Boleh baca review min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/apam-balik-dan-baby-pancake-bergegau-viral-di-bangi/

Menu Kueh Mueh
Menu Kueh Mueh

LOCATION

📍Kafe Kueh Mueh 

61, Jalan Tok Lam, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu 

🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/AhYk2UDSyxvGEd4E8 

🗺️Waze : Kafe Kueh Mueh 

📱Facebook : https://web.facebook.com/profile.php?id=100085033196315 

📱Tiktok :https://www.tiktok.com/@kafekuehmueh?is_from_webapp=1&sender_device=pc 

📞 Phone : 017-931 9723

Leave a Reply