Jual Burger Sambil Jaga Anak… Ramai Terjejas Waktu PKP

  • Post author:
  • Post category:Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Jual Burger Sambil Jaga Anak… Ramai Terjejas Waktu PKP

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilanjutkan sehingga kes turun demi kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Namun, ramai peniaga-peniaga kecil yang terjejas dengan pelaksanaan PKP ini.

Ada yang sedang berusaha lebih keras untuk menjana pendapatan masing-masing. 

Baru-baru ini, seorang peniaga burger telah diviralkan di media sosial.

Penjual burger tersebut terpaksa menjaga anak kecil sambil bersusah payah berniaga di gerai dan melayan pelanggan.

Kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang peniaga-peniaga kecil ini sedang lalui, lagi-lagi kesusahan mereka pada waktu PKP ini.

Netizen menunjukan rasa simpati dengan memberi komen-komen di Instagram post tersebut dengan harapan untuk meringankan beban peniaga ini. 

Ada yang berkongsi kisah tentang peniaga-peniaga yang melalui kesusahan yang sama dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri agar dapat memberi semangat kepada mereka yang sedang melalui situasi yang sukar ini.

Content Creator Hazly Razaly yang telah memuat naikkan video tersebut juga telah memuat naikkan lagi satu video di TikTok akaun beliau sebagai respon untuk mereka yang bertanya tentang gerai tersebut kerana ingin membantu dan membeli burger disitu.

@hazlyrazaly

Reply to @mell08085 Ni lokasinya sis..Semoga membantu #viral #foryou #jokiensem #5ebundle

♬ original sound – Hazly Razaly

Dalam waktu yang sukar ini, ramai peniaga-peniaga kecil yang sedang mengalami situasi yang amat perit.

Baru-baru ini, seorang juruterbang telah membuka kedai burger di Shah Alam yang viral.

Gara-gara pandemik ini, beliau terpaksa diberhentikan kerja sebagai juruterbang oleh Malaysia Airlines.

Masih meneruskan perjuangan, beliau membuka gerai untuk menjana pendapatan.

Lihat video:

Jadi, apa kata kita support peniaga-peniaga ini dan doakan semoga dipermudahkan segalanya untuk mereka.

Hari ni kita tolong orang, esok orang tolong kita.

via GIPHY

Kongsi pandangan korang tentang isu ini di ruangan bawah!

Comments