Akibat PKP… “Foodranger” Sudah Pindah Keluar Malaysia..

You are currently viewing Akibat PKP… “Foodranger” Sudah Pindah Keluar Malaysia..

“Nampak sedap!” Bila dengar dua perkataan ini, pasti ramai yang akan terdengar suara Trevor James, YouTuber yang terkenal dengan channel beliau The Food Ranger.

Terkenal dengan misi beliau “food-ranging” untuk cari makanan-makanan sedap dan menarik di serata dunia, Trevor James sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2019 lagi. Di situ beliau menarik perhatian orang ramai bukan sahaja dengan video makanan “rare” tapi dengan percubaan beliau berbahasa Melayu dengan frasa “nampak sedap” dan “so sedap”.

food ranger trevor james malaysia

Malah berdasarkan perkongsian terbaru di Instagram, beliau telah mengumumkan keputusan pindah ke Dubai.

“After a lot of thought and discussion, Ting and I are headed to Dubai and basing ourselves in Dubai!!! We have decided upon Dubai for now as it is a very central location for travel and also will be fun trying all the food in Dubai and UAE!! We are ready to start easing back into travel once it is safe to do so”

“I am very excited to be getting back to Foodrangin and am so excited to be based from Dubai, but at the same time am feeling sad to leave Malaysia as we love it here so much!!! We will be back to Malaysia for more eating and travelling when it’s possible again.”

Nampak gaya walaupun satu hari nanti Trevor akan kembali ke Malaysia, beliau tidak lagi akan menetap di sini. Walaupun kami di Malaysia agak sedih dengar berita ini, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Trevor dan terima kasih kerana menghasilkan video makanan terbaik di Malaysia.

via GIPHY

Comments