5 Food Influencer Terkenal di Malaysia

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 5 Food Influencer Terkenal di Malaysia

Malaysia terdapat ramai influencer dari pelbagai bidang seperti fesyen, makeup, makanan, kecantikan dan banyak lagi. Macam yang korang tahu rakyat Malaysia ni memang suka makan kan. Jadi semakin ramai orang nak menjadi food influencer.

Korang mesti selalu nampak banyak content seperti food review dan masak-masak dekat media social betul tak? Tapi korang tahu ke siapa antara food influencer yang famous sekarang di Malaysia? Meh sini min nak kenalkan dengan korang 5 food influencer yang famous di Malaysia antaranya ialah:

  1. Rhys William
  2. Syedot ASMR
  3. Padu Beb Studios
  4. AkieJack
  5. Ashdanwife

1. Rhys William

rhys william
Source: Rhys William Instagram

Rhys William atau lebih dikenali sebagai Mat Salleh Cari Makan adalah seorang lelaki yang berasal dari United Kingdom. Untuk pengetahuan korang Rhys dah menetap di Malaysia dari tahun 2013. Wah! Lama kan. Rhys juga fasih berbahasa melayu tau.

Rhys William juga antara food infuencer yang terkenal di Malaysia. Sedar tak sedar Rhys sudah lebih 5 tahun review makanan di seluruh Malaysia. Sudah lebih 200 video food review yang telah beliau lakukan.

Rhys juga memiliki followers yang sangat ramai di media sosial, lebih dari 750k! Seperti di Facebook 500k, TikTok seramai 128.3k followers manakala di Instagram seramai 138k. Fuh! Hebatnya! Bagi min Rhys William sangat hebat untuk mulakan kerjaya beliau di Malaysia dan dengan pengalaman beliau min yakin Rhys boleh pergi jauh dalam bidang content creator.

2. Syedot ASMR

syedot asmr
Source: Syedot ASMR Instagram

Syedot ASMR adalah seorang Youtuber mukbang dan ASMR yang terkenal di Malaysia. Siapa je yang tak kenal Syedot betul tak korang? Bunyi Syedot mengunyah pun boleh jadi lapar kita dibuatnya. Kalau korang nak tahu Syedot dah review pelbagai jenis makanan dari makanan biasa hingga yang luar biasa. Kalau korang tengok video Syedot ASMR di YouTube, beliau pun pernah review rasa air mineral tau.

Syedot ASMR dah mula menceburi YouTube dari tahun 2016 dan yang paling min terkejut Syedot memiliki 1000 lebih video di YouTubenya. Fuh! Hebat betul Syedot ASMR. Food review restoran dari Syedot pun dah beratus video. Bukan itu je tau korang beliau juga memiliki 1.07 juta followers di YouTube.

Mesti Syedot ASMR sentiasa konsisten dengan video content beliau di YouTube. Min inspired betul la dengan Syedot ASMR ni sebab bukan senang tau nak jadi content creator YouTube.

3. Padu Beb Studios

padu beb studios
Source: Padu Beb Studios Instagram

Mohd Sufian Abdullah adalah seorang content creator dari YouTube Padu Beb Studios. Beliau juga antara food influencer yang terkenal di media sosial. Peminat Padu Beb Studios mesti tahu kalau beliau buat food review mesti detail betul reviewnya dari segi rasa, location dan harga.


Min sebagai food hunter rasa mudah sangat nak cari restoran yang kena dengan citarasa lepas tengok video Padu Beb Studios. Sufian Abdullah mula membuat video food review sejak 4 tahun yang lepas di YouTube.


Pelbagai jenis makanan telah direview oleh beliau bermula dari dalam negara hingga ke luar negara. Haa… sudah beratus restoran beliau pergi tau. Beliau juga memiliki 452k followers di YouTube manakala di TikTok seramai 99.3k followers. Min rasa followers beliau ni pun food hunter juga kan. Apapun bagi min Padu Beb Studios akan jadi sebuah channel yang dapat bantu ramai foodie dengan review yang best best. Padu Beb!

4. Akie Jack

akiejack
Source: AkieJack TikTok & Instagram

Mohammad Zaki Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai AkieJack adalah seorang influencer yang semakin meningkat naik. Korang tahu tak AkieJack dah mulakan review makanan dari zaman blogging lagi. Lepas adanya platform TikTok, AkieJack mula membuat video food review, food challenge dan video memasak.

AkieJack sudah review pelbagai jenis makanan di seluruh Malaysia. Beliau juga popular kerana menerima challenge makan dari followersnya dengan tagline “ Boleh Takkan Tak Boleh “. Haa.. AkieJack sekarang memliki 1.8M followers di TikTok dan sebuah restoran miliknya bernama Souqapasta yang terletak di Kajang, Selangor. Bagi min, kan tengok journey AkieJack yang suka buat content dari dulu sampai sekarang ni memang hebat. Salute lah dekat AkieJack !

5. AshdanWife

ash dan wife
Source: Ashdanwife Instagram

AshdanWife juga antara food influencer yang terkenal di TikTok. Mereka ni sepasang suami isteri yang suka sangat makan. Bestnya ada partner yang suka benda yang sama. Sebenarnya diorang dah mula buat video food review sejak tahun 2020 lagi. Tapi sejak 2 tahun yang lepas diorang lebih aktif untuk upload pelbagai content foodie. 

Paling sweet min rasa bila husband yang voice over dan isteri yang makan dalam video mereka. Tapi kalau korang nak tahu si isteri pun pandai masak tau macam-macam jenis masakan yang mereka kongsikan di dalam video mereka. 

Followers mereka di TikTok pun bukan biasa-biasa sangat ramai iaitu 1.1M followers. Min rasa seronok tengok content foodie AshdanWife sangat menarik.

Food influencer ni sangat membantu untuk kita cari tempat makan yang best dan sedap. Review yang best juga akan menarik ramai orang untuk datang dan rasa makanan tersebut. Haa ni min nak tanya agak-agak ada tak influencer yang korang kenal dan minat antara 5 food influencer kat atas ?