Vietnam Spring Roll Inti Samyang Ramen Resepi Baru?

You are currently viewing Vietnam Spring Roll Inti Samyang Ramen Resepi Baru?

Vietnam spring roll merupakan rice paper yang digulung berintikan sayur-sayuran, rice vermicelli dan udang yang direbus diikuti juga dengan sos spring roll.

Vietnam spring roll biasanya mempunyai inti udang tapi ada juga pelbagai  pilihan lain seperti crabstick dan sosej.

spring roll crabstick

Tetapi ada juga Vietnam spring roll yang mempunyai sayur-sayuran dan inti tambahan.

Resepi baharu yang telah diviralkan adalah Samyang Vietnam Spring Roll dimana ia ditambah Samyang Ramen sebagai inti. 

samyang vietnam spring roll

Terdapat pelbagai cara untuk buat Samyang Vietnam spring roll. Ada yang sedikit ringkas dan juga yang memerlukan banyak bahan.

Bagi sesiapa yang baru nak cuba resepi Samyang Vietnam spring roll ini, jom lihat cara-cara yang ringkas untuk buat resepi ini!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 paket Samyang ramen pilihan 
  • Rice paper
  • Rice vermicelli
  • Salad, timun, carrot dan sayur pilihan yang lain
  • Crabstick/udang/sosej

Cara-cara: 

  1. Rebus ramen dahulu hingga lembut dan sediakan Samyang seperti biasa.
  2. Sediakan pinggan berisi air, kemudian celupkan rice paper supaya rice paper lembut dan boleh digulung.
  3. Letakkan Samyang tersebut di tengah-tengah rice paper dengan kemas.
  4. Kemudian, susunkan bahan-bahan yang lain.
  5. Gulung rice paper dengan kemas.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos Vietnam spring roll:

  • Sos cili Thai
  • 4 bawang putih
  • 6 cili api
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih yang dipotong dadu dan cili api dipotong kecil di dalam kuali.
  2. Masukkan sos cili Thai.
  3. Tuangkan air mengikut sukatan sos.
  4. Kemudian, masukkan tepung jagung yang sudah dibancuh dan tambahkan sedikit garam. Kacau sehingga mendidih.

Cara yang paling mudah untuk membuat Samyang Vietnam spring roll bagi yang mahu cuba.

Qasey Honey di YouTube membuat Samyang Vietnam spring roll dengan resepi yang menarik.

Lihat di Youtube channel Qasey Honey!

Comments