Ais Krim Goreng Boleh Buat Anda Ketagih!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:1 mins read
You are currently viewing Ais Krim Goreng Boleh Buat Anda Ketagih!

Zaman sudah maju… jadi, makin banyak resepi-resepi yang menarik diimplikasikan oleh generasi kini.

Ais krim goreng adalah resepi yang mudah dan boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja.

Ia juga boleh dijadikan sebagai ‘late night snack’ ataupun ‘supper’ oleh kerana resepinya yang begitu ringkas. 

Terdapat hanya 2 bahan sahaja yang diperlukan untuk membuat ice cream goreng ini iaitu

  •  Ais krim pilihan (vanilla, chocolate, chocolate chip, strawberry, etc)
ice cream flavor
  •  Roti putih
white bread

Cara-cara:

  1. Ambil satu keping roti putih, kemudian ambil satu scoop ais krim pilihan, tidak terlalu banyak supaya tidak bocor ketika goreng nanti, letak di tengah-tengah roti.
  2. Ambil lagi satu keping roti dan letak di atas kepingan roti dan ais krim tersebut.
  3. Kemudian, ambil cawan atau sesuatu yang bulat untuk menghasilkan potongan bulat bagi ais krim goreng tersebut.
  4. Picit bahagian tepi roti tersebut untuk mengelakkan daripada bocor ketika digoreng.
  5. Simpan di freezer untuk 1-2 jam sebelum digoreng.
  6. Selepas 1-2 jam, keluar kan dan goreng di dalam minyak yang panas.
  7. Langkah optional, boleh tambah chocolate syrup.
fried ice cream

Mudah sahaja resepi dan proses untuk buat ais krim goreng ini!

Jom lihat video ringkas proses membuat ais krim goreng di Facebook Purple Durian!

Comments