Umai Ikan (Sushi Sarawak) : Makanan Unik Kaum Melanau.

You are currently viewing Umai Ikan (Sushi Sarawak) : Makanan Unik Kaum Melanau.

Umai merupakan salah satu makanan yang dike­nali di Sarawak sebagai hidangan istimewa etnik Melanau. Hirisan nipis ikan segar dicampur dengan bahan lain seperti perahan limau, garam, bawang besar dan cili ini tentunya amat menyelerakan. Lauk ini juga boleh dimasak menggunakan udang. Namun begitu, masyarakat lebih suka menggunakan ikan.

Jenis Ikan yang selalu digunakan untuk memasak Umai:

  • Ikan Puput
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Pirang
Ikan Umai
Ikan Pirang : (YouTube)

Pada asalnya makanan ini sebenarn­ya dipelopori oleh golongan nelayan pada suatu ketika dahulu. Perkataan ‘umai’ dalam bahasa Melanau sendiri sebenarnya memberi makna sebagai makanan untuk alas perut. Maka dengan itu, ia merupakan makanan alas perut bagi para nelayan yang pergi menangkap ikan di lautan dan sudah pasti ikan yang dibuat ataupun yang digunakan untuk memasak umai mestilah ikan terbaik hasil tangkapan para nelayan. Ikan yang segar dan baru sahaja ditangkap adalah pilihan ikan yang terbaik untuk dijadikan Umai. Tambahan pula, Umai ini hanya diperbuat daripada ikan laut dan jarang sekali menggunakan ikan air tawar.

Bahan asas yang senang didapati seperti ikan segar, air laut dan asam paya untuk membuat makanan ini mudah dida­pati. Namun begitu, sehingga kini kebanyakan bahan-ba­han campuran yang dibuat umai telah banyak berubah. Perubahan ini juga mungkin disebabkan kesukaran mencari bahan-bahan seperti asam paya yang mengikut musim memberikan satu idea baharu untuk menambahkan lagi kesedapan makanan ini. 

Bahan-bahan seperti limau, cili, bawang besar dan garam ketika ini menjadi bahan utama dalam masakan ini ketika dihidangkan. Malahan, ada yang turut men­campurkan kacang tumbuk serta perasa tam­bahan seperti MSG ke dalam umai. Belacan juga turut menjadi salah satu bahan campuran untuk membuatkan keseda­pan umai lebih terasa.

Umai ikan : (Google)

Hidangan atau masakan Umai ikan ini sangatlah menjadi kebanggaan rakyat Sarawak. Untuk menambah lagi selera dan memastikan perut anda kekenyangan, makanlah Umai ini bersama nasi dan sagu. Cukup melelehkan air liur!

Umai
Umai:(Google)

Selamat Mencuba!!!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim