Siapa dekat sini suka makan kudap – kudapan masa minum petang? Sudah menjadi kebiasaan dan rutin rakyat Malaysia untuk minum petang terutamanya bila hujung minggu atau selepas pulang kerja. Selepas seharian penat bekerja, kalau dapat makan sesuatu yang pedas dan greasy macam Lok Ching mesti best kan! Tapi mesti ramai masih tak tahu tentang asal usul Lok Ching. Jadi hari ini Min nak kongsi dengan semua asal usul Lok Ching.
Lok Ching merupakan salah satu makanan tradisional yang berasal dari Kelantan. Memiliki nama yang agak unik kerana ia mengambil daripada perkataan Thailand, ลูกไฟ (Lūkfị) yang bermaksud Bebola Bakar. Nama tersebut diberi makanan ini kerana memiliki bentuk dan cara masak yang lebih kurang sama cuma bahan masakan serta sos cicah yang membezakan mereka.
Ramuan asas bagi Lok Ching adalah isi ikan yang telah kisar serta tepung kanji yang diadun bersama dengan bahan perasa, lalu dibentuk bulat seperti bebola. Setelah dibentuk, bebola lok ching akan dicucuk ke lidi sate bagi memastikan bebola tersebut dapat masak secara rata serta untuk memudahkan proses membakar lok ching nanti. Setelah siap dimasak, Lok Ching sedia untuk dimakan bersama sos Thai yang pedas dan manis.
Meskipun pada asalnya Lok Ching dikenali sebagai bebola bakar yang berasaskan isi ikan kisar; akan tetapi disebabkan revolusi dalam dunia masakan dan cita rasa rakyat Malaysia yang pelbagai, kini Lok Ching muncul dengan variasi jenis seperti Sandwic Ayam Pedas, Tomyam, Bebola Pedas, Sosej Cheese, Ketam Jumbo dan macam macam lagi. Memang rambang mata laa Min setiap kali nak beli Lok Ching ni.