Mesti ada yang tak pernah dengar pasal Nasi Kebuli atau pernah dengar tapi tak pernah rasa, betul tak? Min pun tak pernah pasal hidangan ni tau sebelum ni! Nama je penggemar makan yang sentiasa lapar tau, tapi ada je hidangan tradisional yang min tak kenal hehe. Nasi Kebuli ni salah satu hidangan yang wujud sejak zaman British lagi dan sekarang dah tak ramai orang tahu.
Nasi Kebuli ialah hidangan yang sangat terkenal di kampung-kampung sekitar Pahang seperti Kuala Kenong, Kampung Budu, Jelai, Tanjung Besar, Kuala Medang, Kampung Jeram Landak dan banyak lagi daerah di Kuala Lipis. Kalau nak dapat hidangan ni nampaknya memang kena pergi ke Kuala Lipis la kan?
Mengikut sejarah dan mulut-mulut penduduk Kuala Lipis, hidangan ni asalnya hanyalah makanan yang disantap para golongan DiRaja atau Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang sahaja. Katanya sebab itu lah hidangan ni dinamakan Nasi Kebuli diambil dari ‘Kebawah Duli’. Min pun tak pasti sejauh mana kesahihannya cerita ni tetapi kalau fikir logik juga kan?
Menurut catatan Muzium Warisan Kuala Lipis, Nasi Kebuli ini bermula apabila Kebawah Duli yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah (1914-1917) yang datang ke sebuah kampung di Kuala Lipis. Penduduk kampung pula terus menyediakan nasi berlaukkan ayam kampung sebab Sultan berhasrat nak rasa makanan di kampung itu. (Sumber: Sinarharian)
Sejak peristiwa ini, hidangan tersebut di panggil Nasi Kebuli sehingga lah sekarang. Ada juga sejarah lain yang kata nasi ni datang dari Timur Tengah, Yaman dan dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh masyarakat India. (Sumber: akuanakpahang.com)
Buat yang tak kenal Nasi Kebuli, rupa dia sama je macam Nasi Ayam cumanya nasi ni ada lebih banyak rempah ratus macam lada hitam dan sebagainya. Ayamnya juga digoreng hingga berwarna keemasan dan rangup diluar. Yang istimewanya hidangan ni ialah ia datang dengan menu pelengkap iaitu stu Mediterranean. Stu Mediterranea ni penuh dengan campuran sayur seperti kacang buncis, zucchini, terung, lobak merah dan juga kentang.
Haa, sekarang semua dah tahu pasal Nasi Kebuli kan? Senang je nak dapat ilmu baru setiap hari tau, korang hanya perlu datang baca artikel min je hehe self promo pulak. Nanti dah baca share la dengan kawan-kawan tau, ajak diorang cari Nasi Kebuli sama sama!