Maggi Sebenarnya Berasal dari Switzerland? Sejarah Jenama Maggi.

You are currently viewing Maggi Sebenarnya Berasal dari Switzerland? Sejarah Jenama Maggi.

Jenama mi segera yang tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia sebenarnya bukan jenama tempatan? Seperti yang kita sedia maklum, jenama Maggi adalah antara yang paling top di Malaysia dan pilihan orang ramai, betul tak? Senang dan cepat dimasak tambah pula dengan harga murah, ramai jadikan mi segera ini sebagai hidangan mereka baikpun pelajar malah golongan bekerja. Tetapi tahukah korang yang jenama ni asalnya dari Switzerland?

Jenama Maggi diperkenalkan pada tahun 1887 di Switzerland oleh ahli usahawan iaitu Julius Michael Johannes Maggi.

Ha, sebenarnya jenama Maggi ni datang dari nama pengasas dia sendiri tau! Pada awalnya syarikat ini hanya mengeluaran produk berasaskan tepung gandum dengan visi menolong orang ramai terutamanya golongan wanita menyediakan makanan bernutrisi dengan cepat di rumah.

Julius Mchael Johannes Maggi, pengasas jenama Maggi. Sumber:nestle.com

Pada tahun 1884, beliau megeluarkan produk kekacang namun produk tersebut gagal dan tidak mendapat sambutan orang ramai. Selang beberapa tahun lepas tu Maggi menghasilkan pula beberapa sup pelbagai perisa serta sos sebagai penambah perasa dalam masakan dan ia membuahkan hasil. Lebih banyak produk yang lahir dari jenama ini atas usaha pengasasnya yang tidak berputus asa.

Produk awal dari Maggi. Sumber: Google

Nestle mengambil alih jenama Maggi pada tahun 1947 demi meningkatkan lagi pertumbuhan dan kemajuan jenama yang berpotensi tinggi ini. Lepas sahaja Nestle ambil alih, produk Maggi yang diasaskan Julius telah tersebar ke seluruh dunia. Maggi mula masuk pasaran Malaysia pada 1969 dengan produk sos cili, tomato dan sebagainya.

Iklan Maggi Malaysia pada tahun 80-an. Sumber: Google

Lepas dapat sambutan yang meriah dari rakyat Malaysia, barulah mi segera maggi pula diperkenalkan di pasaran pada awal 70-an. Sampai sekarang, Maggi masih lagi disukai oleh semua lapisan masyarakat, mustahil ada yang taktau Maggi di Malaysia ni. Jenama mi segera lain pun dipanggil Maggi je kat Malaysia, setuju tak?