Fakta dan Sejarah Lukumades, Donut Tertua di Dunia!

You are currently viewing Fakta dan Sejarah Lukumades, Donut Tertua di Dunia!

Sebenarnya donut ni banyak bentuk dan variasi tau, bukan sahaja donut yang berbentuk bulat menyerupai cincin yang seperti semua kenali. Boleh dikatakan setiap negara ada donut versinya sendiri seperti Loukumades atau Lukumades yang datang dari Greek. Disebabkan Lukumades ni agak viral beberapa bulan lepas, jom kita ketahui sejarah donut ni!

Donut bebola disalut madu, Lukumades. Sumber: Google

Sebelum kita bercakap tentang sejarah donut ni, Lukumades ni adalah sejenis bebola tepung yang digoreng lepastu disalut dengan madu. Memang kat Malaysia jarang boleh jumpa kan, sebab donut yang kita tahu ialah donut bentuk cincin tu je.

Olimpik pertama dunia. Sumber: Google

Kalau semua nak tahu, Lukumades dikira sebagai hidangan pencuci mulut tertua di dunia tau!

Zaman Yunani kuno, bebola adunan tepung yang digoreng ini disajikan kepada para pemenang Olimpik pertama Yunani pada 776 SM. Tukang Syair Yunani iaitu Callimachus adalah orang pertama yang mencatat tentang adunan donut yang digoreng ini direndam dalam madu lepastu dihidang kepada para pemenang sebagai “token”. Menurut sejarah juga, saat Olimpik pertama, orang Yunani membuat lukumades untuk dihidang kepada para dewa sebagai rasa terima kasih mereka untuk Olimpik.

Lukumades versi Itali, Sfingi. Sumber: homadeitaliancooking.com

Zaman itu juga memang banyak gerai-gerai penjaja yang menjual Lukumades di tepi jalan di Athens. Selama bertahun-tahun, resepi asli Lukumades sudah tersebar di seluruh dunia sejak dari itu dan resepinya pula divariasikan mengikut tempat pembuatannya. Lukumades khas Greek dibuat dari adunan tepung fermentasi dengan kayu manis. Di San Guseppe, Itali, ada juga lukumades dengan resepi yang sedikit berbeza dan ia dipanggil sfingi. Variasi donut ini juga dibuat di Mesir dan Irak yang disebut sebagai Luqmat al-qadi.

Luqmat al-qadi. Sumber: Google

Di Malaysia, korang boleh dapatkan donut Greek ini di Lukumades Subang Jaya! Donut lukumades kat sini memang crunchy, gebu dan banyak toppings untuk korang pilih. Pssst, kedai ini belum viral tau so better pergi serang sekarang hihi!

Lukumades Subang Jaya. Sumber: lukumades