Betul ke Pho Sajian Vietnam Asalnya Dari Perancis?

You are currently viewing Betul ke Pho Sajian Vietnam Asalnya Dari Perancis?

Pho terkenal oleh pencinta mee sebagai mee yang memiliki cita rasa menyegarkan dan sangat sedap. Pho ialah makanan nasional khas Vietnam, namun Pho ini sudah tersebar ke seluruh pelusuk dunia dan menjadi salah satu sajian yang paling dicari ketika orang makan di restoran Vietnam tau.

Pho. Sumber: Google

Kalau di Malaysia kita ada mee sup, Vietnam pula cukup berbangga dengan hidangan Pho mereka. Pho dihasilkan dengan bahan asanya iaitu mee macam bihun khas dari Vietnam dan dihidang dengan kuah sup daging, hirisan daging, bawang, cili, daun bawang dan taugeh. Sup Pho ni rasa sangat light, menyegarkan dan sedap sebab guna air rebusan daging tau, kaw kaw punya sedap!

Sajian khas Vietnam. Sumber: Vietnamfoods

Walaupun hidangan ni dah popular di serata dunia, tetapi sejarah Pho ni agak samar-samar dan tak tahu dari mana asal sebenarnya. Ada yang cakap Pho ni dari Perancis kerana Pho pertama kali muncul di Vietnam pada akhir abad ke-19, pada masa tu pula Vietnam sedang dijajah oleh Perancis. Manakala ada yang cakap Pho ni resepi asal dari China. Korang rasa mana satu betul?

Penjajah Perancis di Vietnam. Sumber: Google

Macam mana boleh ada desas desus mengatakan Pho diadaptasi dari kulinari Perancis? Ini kerana perkataan Pho yang diambil dari kata “feu”, bahasa Perancis bermaksud api dan Pho mungkin dari sup daging khas Perancis yang bernama “pot au feu”. Masyarakat Vietnam pulak susah nak sebut perkataan tu, maka dipendekkan menjadi Pho. Inilah yang dikatakan menjadi cerita asal usul dari nama Pho dan sajiannya.

Bahan asas pho, air rebusan daging. Sumber: Google

Zaman dulu juga, orang Vietnam tak pandai sangat makan daging dan nak buat sup rebusan daging. Jadi, hidangan ni memang diambil dari hidangan Perancis yang merebus daging sehingga jadi air rebusannya pekat dan boleh dimakan sebagai sup dan diubahsuai dengan memasukkan cili, bawang dan sayuran. Haa, menarik kan cerita asal usul Pho ni? Min sebagai penggemar Pho pun agak terkesima dengan sejarah Pho yang agak mendalam ni, selama ni ingatkan memang resepi asal orang Vietnam.