Tapai Pulut: Manis, Mudah & Sedap!

You are currently viewing Tapai Pulut: Manis, Mudah & Sedap!

Tapai ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut. Terdapat dua jenis tapai, iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Tapai pulut rasanya lebih sedap bagi sesetengah orang, kerana itulah tapai ubi tidak dapat menandingi tapai pulut.

Jom kita semak cara-cara membuat tapai pulut ni!

Bahan-bahan

  • 1kg beras pulut
  • 1 biji ragi (seeloknya jemur terlebih dahulu. Hancurkan ragi, saya letak dalam plastik dan ketuk guna batu lesung, nanti nak guna baru ayak guna penapis teh)
  • Bekas dadih/daun getah/daun pisang (saya guna bekas dadih)

Cara-cara

  • 1. Basuh beras pulut bersih-bersih dan rendam minima 2 jam.
  • 2. Kemudian toskan air, kukus beras pulut selama 25 min.
step 1
  • 3. Siramkan pulut yang telah dikukus dengan 3 cawan air, sambil kaup balik (saya tak alihkan pulut ke dalam bekas, saya siramkan air terus dari pengukus).
  • 4. Kukus semula pulut tadi dalam 10min atau sehingga naik wap.
step 2
  • 5. Tutup api dan alihkan pulut yang telah masak ke dalam dulang besar untuk disejukkan (ratakan pulut tadi, supaya cepat sejuk). Biarkan pulut betul-betul sejuk.
  • 6. Bila pulut dah sejuk, ayakkan ragi ke atas pulut, balik-balikkan pulut tadi, ayak ragi ke atas pulut sekali lagi (agak-agak ragi rata pada pulut).
step 3
  • 7. Sudukan pulut tadi ke dalam bekas dadih/daun getah.
  • 8. Susunkan ke dalam bekas sesuai (saya letak dalam tong toyogo). Simpan di tempat yang gelap selama 2 hari.
step 4
  • 9. Selepas 2 hari, baru tengok tapai tu ye. Masukkan dalam peti sejuk, sebab tapai ni sedap makan sejuk-sejuk. InsyaAllah, menjadi. Tapai manis dan berair.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply