Suka dan Duka Pengunjung Bazar Ramadan 2022

You are currently viewing Suka dan Duka Pengunjung Bazar Ramadan 2022

Harini dah 27 Ramadan, tiga hari je lagi bulan yang mulia ni akan meninggalkan kita. Ramai orang berseronok menjalani ibadah puasa kali ini pada tahun 2022 setelah dua tahun terpaksa menjalani bulan Ramadan ketika berlakunya pandemik COVID-19 di mana mereka terpaksa duduk di rumah sehingga menjelang hari raya.

Kali ini, puasa kembali meriah dengan adanya bazar ramadan yang penuh dengan pilihan dan semuanya nampak menarik. Ramai peniaga berasa gembira kerana dapat menjana pendapatan kembali selepas dua tahun hidup dalam keadaan susah kerana tak dapat nak meniaga di bazar ramadan.

Dalam kemeriahan pengunjung mengunjungi bazar ramadan, meriah juga isu yang dihadapi oleh pembeli makanan di bazar ramadan sehinggakan ada gerai yang dipaksa tutup untuk menjalani pemeriksaan di sesebuah bazar tu.

Boleh dikatakan hari-hari lah ada je update dari netizen yang menceritakan kedukaan mereka ketika mereka mahu berbuka dengan juadah yang dibeli ketika berjalan di bazar ramadan baru-baru ini.

Kes ni amatlah perlu dititikberatkan kerana ianya boleh memudaratkan kesihatan. Ada yang mendapat makanan yang sudah basi dan busuk, ada juga yang mendapat makanan yang rosak yang menyebabkan mereka terpaksa ke hospital kerana keracunan makanan. 

Kalau waktu dulu, paling-paling pun kita dengar cerita netizen mendapat karipap yang tiada inti atau karipap angin seperti yang dipanggil sesetengah orang kita, kalini bomboloni pulak dipanggil dengan nama yang sebegitu rupa.

@arifeddy

Kenapa la tergamak jual macam ni? Cuba tengok sampai habis. Credit @ si_darwish twitter. #bazarramadan #bomboloni #fyp #fypmalaysia #viral

♬ original sound – Arif Eddy – Arif Eddy
Bomboloni scam 😢

Korang tengoklah sendiri sedihnya dengan masatu kita tengah lapar, dapat pula bomboloni yang kosong takde isi macamtu. Entah berapa ringgit lah harga bomboloni yang kosong macamtu. Kesian pelanggan teraniaya.

Selain tu jugak, ada yang terpaksa hadap roti john yang terbakar hangus. Pelanggan tak boleh nak pilih sebab penjual dah bungkus siap-siap. 

Bukan tu je, ada juga pelanggan yang melepaskan rasa marah di laman akaun Twitter beliau kerana mendapat tepung pelita yang hancur.

Kesian tengok pelanggan dapat makanan yang tak serupa makanan dah ni. Peniaga tak boleh lah aniaya orang macamni kan? Kita membeli pun guna duit hasil titik peluh kita juga..

Ada satu kes viral di awal bulan mulia ni juga di mana ada sorang akak ni membeli mi yang sangat terkenal di sebuah bazar di Putrajaya. Dia mencapati yang mi yang dibeli dengan harga RM30 tu ada ulat di sotong yang dijual dengan mi goreng itu.

Kredit: Kosmo

Video akak ni telah dimuatnaik pada pertengahan April haritu di laman Tiktok beliau dan meraih lebih 2 juta views. Dalam video tu, akak ni ada cakap yang dia beratur awal untuk membeli juadah yang dijual ni kerana ianya viral pada awal ramadan. Baru beberapa hari ni, gerai mi tonggek ni sudah beroperasi semula di Bazar Ramadan Putrajaya.

Banyak betul kan kes yang viral sebab benda macamni? Untuk tahun seterusnya, harap tak ada lagilah kes yang macamni berlaku lagi. Banyak lagi yang terjadi kat bazar tahun ni tapi takpelah kita simpan 😉

Banyak tau benda yang perlu peniaga titikberatkan sebelum menyediakan makanan. Pengambilan suntikan typhoid juga penting untuk semua yang turut serta menyediakan makanan yang akan dijual. Diharapkan semua peniaga mengambil serius tentang hal ni untuk masa akan datang dan premis menjual makanan dijaga dengan rapi dan bersih.

Semoga semua peniaga dapat menjaga segala aspek sebelum mula berniaga di premis makanan pada tahun yang seterusnya. Selamat Hari Raya!

Leave a Reply